Suami tembak mati kekasih gelap isteri
Suami tembak mati kekasih gelap isteri

BANGKOK – Seorang lelaki menembak mati seorang juruteknik kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Kejadian berlaku sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) semalam, di Bang Bua Thong, wilayah Nonthaburi.
Seorang pekerja stesen minyak terdekat dikatakan mendengar bunyi tembakan sebelum membuat laporan polis.
Sejurus tiba, polis menemukan mayat seorang lelaki di tempat duduk pemandu dikenali sebagai Palathip, 33.
Menurut laporan saluran berita Channel 8, mangsa mempunyai tiga kesan tembakan di lengan kanannya dan tiga di dadanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Telefon bimbit dan wang tunai 5,000 baht (RM640) miliknya bagaimanapun tidak disentuh.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari kediaman berdekatan mengenal pasti suspek sebagai Arnon yang berusia 40 tahun.
Dia dilihat merokok di tempat kejadian selama empat hingga lima minit setelah melepaskan tembakan sebelum berlalu menaiki kenderaannya.
Seorang rakan sekerja mangsa dikenali sebagai Jazz memberitahu polis bahawa dia dan mangsa ialah juruteknik dilantik oleh suspek, yang memiliki kedai daging.
Suspek dikatakan kerap mengupah mereka untuk membaiki peralatan elektrik atau mengubah suai kedainya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Tambah Jazz, suspek baru-baru ini mendapat tahu bahawa mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.
Kedua-dua lelaki itu juga pernah terlibat dalam pergaduhan sebelum suspek mengarahkan mangsa memutuskan hubungan dengan isterinya.
Dia juga didakwa pernah mengancam untuk menembak mangsa jika hubungan sulit itu tetap diteruskan.
Suspek menyerah diri di balai polis tengah hari tadi dan dia berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 288 Kanun Jenayah kerana membunuh dengan sengaja. Ia membawa hukuman penjara antara 15 hingga 20 tahun, jel seumur hidup atau hukuman mati. – AGENSI
Suami tembak mati kekasih gelap isteri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.