Penghuni kondo lepaskan ular tanda protes

Penghuni kondo lepaskan ular tanda protes

Penghuni kondo lepaskan ular tanda protes
Dua ekor ular dilepaskan di kawasan koridor utama. – Facebook

BANGKOK – Penghuni sebuah kondominium di Bangkok melepaskan dua ekor ular ke koridor bangunan tersebut sebagai tanda protes terhadap tindakan badan pengurusan penduduk yang tidak mengendahkan aduan mereka, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Menurut laporan, penduduk kondominium di Ratchada itu kerap mengadu mengenai bunyi bising yang dihasilkan oleh haiwan-haiwan peliharaan penduduk lain.

Kondominium itu tidak membenarkan haiwan peliharaan tetapi ramai penghuni secara rahsia menyimpan anjing, kucing, burung da

Ia mengakibatkan gangguan kepada penduduk lain, menyebabkan aduan berulang kali dibuat kepada pihak pengurusan.

Bagaimanapun, selama bertahun-tahun semua aduan mereka dikatakan tidak diambil berat oleh pihak pengurusan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Sebagai tanda protes, seorang penduduk melepaskan dua ekor ular di koridor hadapan pintu lif.

Spesies reptilia-reptilia itu tidak dijelaskan, namun pengguna media sosial berkata, ia adalah jenis ular peliharaan yang mahal.

Insiden itu mencetuskan perdebatan hangat dalam aplikasi kumpulan sembang kondominium itu.

Beberapa penduduk menyokong tindakan pemilik ular itu dengan alasan mereka sudah hilang sabar menunggu pihak pengurusan mengambil tindakan.

Sebilangan yang lain mengecam perbuatan itu dengan mengatakan bahawa ia menimbulkan panik dalam kalangan penduduk.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


Susulan kejadian itu, pihak pengurusan akhirnya mengambil tindakan dengan mendenda setiap pemilik haiwan peliharaan yang disenaraikan dalam aduan sebelum ini.

Mereka didenda 10,000 baht (RM1,300) dan diarah memindahkan haiwan peliharaan mereka. – AGENSI

Penghuni kondo lepaskan ular tanda protes


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker