Varane yakin Ancelotti mampu julang Brazil
Varane yakin Ancelotti mampu julang Brazil

Hong Kong: Pemenang Piala Dunia bersama Perancis, Raphael Varane menyokong dan yakin bekas pengurusnya di Real Madrid, Carlo Ancelotti mampu menjulang semula Brazil apabila jurulatih berpengalaman itu memulakan tugas bersama lima kali juara dunia itu, hujung bulan ini.
Ancelotti diumumkan sebagai jurulatih asing tetap pertama dalam sejarah Brazil minggu lalu dan akan memulakan tugas secara rasmi pada 26 Mei dengan kontrak yang berlangsung sehingga Piala Dunia tahun depan.
Jurulatih yang merangkul lima kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu akan memimpin Brazil dalam kempen kelayakan Amerika Selatan pada Jun.
Varane yang menjulang Piala Dunia 2018, percaya Ancelotti mempunyai reputasi dan pengalaman untuk mengembalikan kegemilangan skuad Selecao yang kini bergelut.
“Apa yang boleh saya katakan dalam bola sepak peringkat antarabangsa, ia mengenai berada di tahap tertinggi dengan masa persiapan yang sangat singkat untuk beraksi,” kata Varane kepada Reuters di Hong Kong Soccer Sevens.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Ia satu cabaran yang sangat berbeza berbanding mengurus kelab setiap hari.
“Tetapi saya fikir jika anda mampu menjuarai kejohanan seperti Liga Juara-Juara dan menaikkan prestasi untuk perlawanan besar, maka anda mampu melakukannya di mana-mana, pada bila-bila masa.
“Carlo adalah jurulatih hebat. Dia sangat berpengalaman dan tahu bagaimana mempersiapkan pemain untuk beraksi pada waktu yang tepat.
“Itulah cabarannya dan anda mesti bersedia ketika sejarah menuntutnya. Di Piala Dunia, ia hanya satu peluang, jadi anda tak boleh gagal berkali-kali. Dan di tahap tertinggi, dia tahu bagaimana melakukannya.”
Bekas pertahanan tengah itu mengenali Ancelotti dengan baik setelah dua musim bersama di Madrid ketika pengendali Itali itu memulakan penggal pertama di kelab berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Mereka memenangi UCL pada 2014, salah satu daripada empat kejuaraan Eropah yang dimenangi Varane di Bernabeu.
Brazil kini berada di tangga keempat dalam pusingan kelayakan Amerika Selatan, 10 mata di belakang musuh tradisi Argentina yang sudah melayakkan diri ke kejohanan tahun depan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Walaupun prestasi mereka tidak menentu, Brazil masih dijangka layak ke Piala Dunia dan Varane yakin Ancelotti boleh meningkatkan standard, sekali gus memastikan pasukan kekal kompetitif di pentas dunia.
“Jika dia ke sana, dia tahu bagaimana mempersiapkan pemain, membuat mereka rasa selesa dan cukup yakin kerana kita bercakap mengenai Brazil,” kata Varane.
Varane yakin Ancelotti mampu julang Brazil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.