Pemain kelahiran Argentina, Holgado jadi sebutan tonggak warisan

Pemain kelahiran Argentina, Holgado jadi sebutan tonggak warisan

Pemain kelahiran Argentina, Holgado jadi sebutan tonggak warisan
HOLGADO kini beraksi bersama kelab America de Cali di Colombia. FOTO RODRIGO HOLGADO

Kuala Lumpur: Bukan sentuhan Eropah mahupun Asia, sebaliknya seorang lagi tonggak warisan yang dikatakan bakal menyertai skuad Harimau Malaya adalah pemain dari Amerika Selatan.

Penyerang kelahiran Argentina, Rodrigo Holgado difahamkan adalah tonggak warisan yang dikaitkan bakal memperkuatkan jentera serangan skuad kendalian Peter Cklamovski menjelang aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 Jun ini.

Perkhabaran itu diperkuatkan dengan laporan beberapa media antarabangsa yang cukup hangat khususnya dari Colombia apabila Holgado ketika ini beraksi di negara itu.

Malah, wartawan terkemuka di negara terbabit, Pipe Sierra berkongsi perkara itu di laman sosial miliknya dengan mengakui proses dokumentasi Holgado sedang diproses pihak berkuasa Malaysia dan kelabnya, America de Cali sudah dimaklumkan mengenai panggilan kem latihan itu.

“Skuad kebangsaan Malaysia memiliki Rodrigo Holgado dalam kalangan pemain pasukan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


“Maklumat berkenaan pasport beliau masih belum selesai tetapi mereka menyelesaikan perkara itu dari Asia.

“America de Cali sudah diberitahu tentang perkara itu dan menunggu maklumat selanjutnya. (Holgado) bakal menempuh perjalanan yang panjang jika semua perkara disahkan,” kata Sierra di laman X miliknya.

Berdasarkan rekod permainan Holgado, pemain yang didakwa memiliki susur galur Malaysia dari sebelah neneknya cukup tajam di depan gol apabila merekodkan 94 gol sepanjang aksi di beberapa kelab sejak 2015.

Selain America de Cali, Holgado pernah beraksi untuk Audax Italiano, Almagro, San Lorenzo, Gimnasia La Plata, Coquimbo Unido dan Tiburones Rojos.

Biarpun masih belum disahkan pengurusan skuad Harimau Malaya, namun Cklamovski ada berkongsi mengenai kehadiran seorang lagi tonggak warisan yang bakal bersama pasukan negara sebelum aksi berdepan Vietnam nanti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


Cklamovski enggan mendedahkan nama terbabit, sebaliknya berharap semua pihak bersabar menunggu pengumuman dalam masa terdekat.

Kem negara sudah memulakan latihan pusat fasa pertama, semalam bagi persediaan menghadapi aksi dengan Vietnam.

Sebelum itu, pasukan negara akan terlebih dulu bertemu Cape Verde dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 29 Mei dan perlawanan tertutup pada 3 Jun ini.

Pemain kelahiran Argentina, Holgado jadi sebutan tonggak warisan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker