Nooa sedia pertahan posisi di jentera tengah Harimau Malaya

Nooa sedia pertahan posisi di jentera tengah Harimau Malaya

Nooa sedia pertahan posisi di jentera tengah Harimau Malaya
NOOA menganggap kehadiran ramai pemain tengah akan mencetuskan persaingan sihat merebut tempat dalam kesebelasan utama. FOTO NAJMI NOR’AZAM

Johor Bahru: Pemain tengah Selangor FC, Nooa Laine menganggap kehadiran pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Shio Hong Wan pada kem latihan pusat Harimau Malaya mencetuskan persaingan sihat bagi merebut posisi berkenaan.

Nooa berkata, setiap pemain yang dipanggil menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya pasti akan berusaha memburu tempat dalam skuad kebangsaan bagi persiapan mengharungi kempen pusingan ketiga Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun depan.

Pemain warisan Malaysia-Finland itu mengakui amat teruja untuk dipanggil buat kali kedua menyertai kem latihan Harimau Malaya selepas menabur keringatnya ketika skuad negara menewaskan Nepal 2-0, Mac lalu.

“Sudah tentu saya bangga dan teruja selepas dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan, tapi kali ini berbeza tatkala lebih ramai pemain dipanggil untuk menjalani latihan dan dibahagikan kepada tiga fasa.

“Malah saya tidak nampak kehadiran Hong Wan akan menjejaskan peluang saya beraksi dalam kesebelasan utama, sebaliknya ia mencetus persaingan sihat bukan sahaja membabitkan pemain JDT itu, sebaliknya dalam latihan ada Nazmi Faiz (Mansor), pemain baharu, Muhammad Abu Khalil dan Syamer (Kutty Abba).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Nooa membuktikan kelibatnya di posisi tengah memberi impak besar dalam skuad Harimau Malaya ketika menewaskan Nepal 2-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 25 Mac lalu.

Menurutnya, setiap pemain ada tanggungjawab diamanahkan oleh jurulatih dan ia sentiasa memberi persaingan untuk merebut tempat dalam skuad utama.

Katanya, justeru semua pemain harus bekerjasama bagi memastikan matlamat disasarkan dicapai.

“Sebelum menentang Vietnam, kami akan berdepan Cape Verde, 29 Mei ini dan ia adalah ujian penting buat kami kerana pasukan itu berada di ranking lebih baik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


“Kami tetap ambil serius untuk aksi menentang pasukan dari Afrika itu, sekali gus memberi pendedahan terbaik buat skuad sebelum menentang Vietnam,” kata Nooa.

Nooa sedia pertahan posisi di jentera tengah Harimau Malaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker