Jangan nak salah JDT sahaja
Jangan nak salah JDT sahaja

Kuala Lumpur: Jurulatih berpengalaman, Raja Isa Raja Akram Shah menggesa agar semua pihak berhenti ‘bercakaran’ dan menunding jari sebaliknya bekerjasama untuk membangunkan bola sepak Malaysia.
Beliau yang berkelana selama 17 tahun membimbing beberapa kelab di Indonesia berkata, adalah tidak wajar untuk menyalahkan dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kancah Liga Malaysia sebagai punca penarikan diri beberapa kelab Liga Super.
“Pada saya, nak menyalahkan JDT, TMJ (Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail) 100 peratus adalah tidak adil. Ketika kelab JDT bermula pada 2013, siapa yang menyangka JDT akan sekuat ini? Saya fikir ada pihak mentertawakan JDT pada awal penubuhan kelab ini, sebab mereka juga kalah pada awalnya.
“Mereka juga melalui proses pembinaan kelab dari bawah dengan visi dan misi yang jelas. Apabila mereka mula berjaya termasuk memenangi Piala AFC pada 2015, apa yang kelab ini lakukan, mereka melabur pada pembangunan kelab, fasiliti latihan dan stadium.
“Tapi kelab lain yang besar yang berjaya dan menguasai Liga Malaysia sebelum ini seperti Selangor, Pahang, Kedah, Kelantan, apa yang mereka lakukan?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Ketika mereka berjaya, mereka ada peluang untuk lakukan apa yang JDT buat sekarang ni, tapi mereka tak buat, sampai sekarang tak ada stadium sendiri malah padang latihan sendiri pun tak ada, tapi kita salahkan JDT bila mereka berjaya.
“Kita jangan hanya bercakap pasal duit saja, tapi kita kena lihat bagaimana kelab itu dibangunkan,” katanya.
Raja Isa yang pernah melatih beberapa kelab utama Indonesia seperti Persipura Jayapura dan PSM Makassar berkata, apa yang penting sekarang adalah semua pihak lebih fokus untuk membangunkan kelab dan bukannya mengancam untuk menarik diri kerana tidak mampu bersaing dengan JDT.
“Saya tidak mahu memihak kepada sesiapa, tapi masalah dialami kelab seperti kes tunggakan gaji adalah kesilapan pengurusan kelab itu sendiri, kalau JDT mampu berbelanja RM100 juta sekalipun, kelab lain tak perlu nak ikut.
“Dan isu tunggakan gaji ni, di negara-negara lain juga alami, termasuk di Indonesia. Saya juga pernah 8 bulan gaji tak dibayar oleh kelab dan sekarang juga ada kelab Liga 1 Indonesia yang ada masalah gaji dan mereka tidak ada menyalahkan kelab juara Persib Bandung atau pengendali Liga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
“Pada saya, ini adalah masa terbaik untuk kelab-kelab Liga Malaysia melakukan proses transisi. Adalah lebih baik mereka bertanding dengan bajet rendah daripada menarik diri. Guna saja pemain muda, ini saya lihat kelab-kelab masih ‘recycle’ pemain lama.
“Jika Liga Malaysia mati, kesan bukan sahaja kepada pemain, tapi kepada sosio ekonomi yang lain macam penjaja-penjaja kecil, petugas stadium dan ramai lagi.
“Jika kita tutup liga berapa generasi yang diperlukan untuk kita pulihkan semula liga, adalah ada jaminan untuk liga kita kembali selepas itu,” katanya yang pernah mengendalikan kelab Bangladesh, Muktijoddha SKC dan kini bersama kelab Brunei, Indera Sports Club.
Jangan nak salah JDT sahaja
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.