Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Messi, Miami terus merudum

Messi, Miami terus merudum

Messi, Miami terus merudum
MESSI cuba disekat dua pemain Orlando City. FOTO Reuters

Amerika Syarikat: Kekecewaan Lionel Messi semakin memuncak apabila Inter Miami terus terperosok dalam kempen Major League Soccer (MLS) musim ini, selepas tewas 0-3 di tangan Orlando City, dalam pertembungan ‘Derby Florida’, pagi tadi.

Kekalahan di laman sendiri itu menyaksikan Miami hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan terakhir semua kejohanan.

Mereka kini jatuh ke tangga keenam dalam carta Konferens Timur, manakala Orlando melonjak melepasi mereka.

Messi hanya berjaya melakukan dua percubaan tepat sepanjang perlawanan dan turut gagal menyempurnakan sepakan percuma dari posisi kegemarannya, menggambarkan penurunan prestasi yang seiring dengan kemerosotan pasukannya.

“Sekaranglah masanya untuk kita lihat sama ada kita benar-benar sebuah pasukan ketika berdepan detik sukar, kerana ketika semuanya berjalan lancar, itu mudah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


“Apabila cabaran datang, kita perlu lebih bersatu dari sebelumnya, menjadi satu pasukan yang sebenar dan bangkit semula,” kata Messi kepada Apple TV selepas perlawanan.

Walaupun Messi turut mempersoalkan mutu pengadilan, punca kekalahan jelas terletak pada kelemahan benteng pertahanan, kurang koordinasi di bahagian tengah dan serangan tumpul yang diketuai oleh Luis Suarez, yang kini tampak semakin hilang bisa.

Secara keseluruhan, Inter Miami melepaskan 20 gol dan hanya menjaringkan 11 dalam tujuh perlawanan terakhir mereka dengan satu-satunya kemenangan dicatat pada 3 Mei menentang New York Red Bulls.

“Saya fikir untuk 25 atau 30 minit pertama kami mengawal sepenuhnya permainan di kawasan lawan, tetapi kemudian semuanya berubah selepas gol pertama.

“Malangnya, kami terus melakukan kesilapan yang sama. Saya tidak mahu menafikan keputusan perlawanan, kerana ia sudah jelas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


“Kami sebagai barisan kejurulatihan turut harus bertanggungjawab dan mencari penyelesaian agar perkara ini tidak terus berulang,” kata jurulatih Miami, Javie Mascherano dalam sidang media selepas perlawanan.

Kempen MLS Inter Miami sebelum ini dilihat stabil, namun segala-galanya berubah selepas penyingkiran dari Piala Juara-Juara Concacaf kepada Vancouver Whitecaps.

Mascherano mengakui pasukannya kini terjejas dari segi mental.”Jelas sekali ada sesuatu yang berlaku. Pasukan telah hilang keyakinan. Prestasi individu dan kolektif menurun.

“Kami cuba pelbagai taktikal dan perubahan pemain, namun sehingga kini masih belum berhasil. Tapi kami akan terus mencari jalan keluar,” katanya.

Messi, Miami terus merudum

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker