Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Leicester kekal di hati Vardy

Leicester kekal di hati Vardy

Leicester kekal di hati Vardy
VARDY dan keluarganya bersama penyokong Leicester. FOTO Reuters

London: Jamie Vardy berkata, Leicester akan sentiasa kekal di hatinya selepas menamatkan karier bersama The Foxes dengan jaringan ke-200 untuk kelab itu ketika menang 2-0 ke atas Ipswich, semalam.

Vardy membuat penampilan ke-500 dan terakhirnya untuk Leicester selepas satu tempoh luar biasa termasuk kejayaan memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menakjubkan pada 2016 serta kejuaraan Piala FA pada 2021.

Fakta bahawa pemain berusia 38 tahun itu memulakan kariernya dalam bola sepak bukan liga, selepas dilepaskan oleh kelab kampung halaman Sheffield Wednesday, sebelum berjaya memperoleh 26 kap untuk England, hanya menambahkan lagi daya tarikannya dalam kalangan peminat Leicester.

Perlawanan semalam juga jatuh tepat pada ulang tahun ke-13 Vardy menyertai Leicester dari Fleetwood dengan yuran rekod bukan liga sebanyak £1 juta (RM5.7 juta).

“Saya telah menikmati setiap minit,” kata Vardy ketika bercakap di atas padang selepas tamat perlawanan kepada penyokong setia Leicester.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


“Saya akan terus mengikuti kelab yang saya cintai. Mereka ada dalam hati saya. Dari lubuk hati saya, terima kasih kerana menerima saya dan keluarga saya seperti keluarga sendiri. Saya harap saya telah membalasnya.”

Dengan Leicester tersingkir dari EPL lama sebelum perlawanan menentang Ipswich yang turut mengalami nasib sama, Vardy sudah pun mengumumkan dia akan meninggalkan kelab Midlands itu pada akhir musim ini.

Vardy, penjaring gol terbanyak sepanjang zaman kelab itu juga dipersetujui tidak akan bermain dalam perlawanan terakhir musim ini menentang Bournemouth agar penampilan terakhirnya bersama Leicester berlangsung di Stadium King Power.

Beliau memberikan satu lagi detik manis kepada peminat apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-28 sebelum diberikan penghormatan oleh rakan sepasukan apabila digantikan 10 minit sebelum tamat dan melangkah keluar dari padang sebagai pemain Leicester buat kali terakhir.

Dia mengetuai pasukan keluar ke padang sebelum sepak mula, dengan penyokong mengibarkan bendera di tempat duduk yang tertera “Terima kasih Vards”, manakala dua kain rentang digantung di belakang setiap gawang gol sambil papan skor memaparkan “Selamat tinggal GOAT (Terhebat Sepanjang Zaman)”.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


Pemenang Kasut Emas EPL musim 2019/20 itu terlepas dua peluang awal, namun berjaya menyempurnakan peluang ketiga dengan penyudah kemas untuk gol ke-9 beliau dalam liga musim ini hasil hantaran lintang daripada James Justin.

Kasey McAteer memastikan Vardy menamatkan penampilan terakhirnya bersama Leicester dengan kemenangan apabila menjaringkan gol kedua iaitu gol pertama pemain tengah itu di EPL pada minit ke-69.

“Saya gembira dapat masuk ke dalam permainan dan turut menjaringkan gol seperti Vardy,” kata McAteer kepada Premier League Productions.

“Itu memang gaya klasik Vardy, sering diperkatakan bagaimana dia sentiasa muncul pada saat penting, dan itulah dilakukannya selama 13 tahun di kelab ini.

“Untuk bermain bersamanya dan memanggilnya rakan sepasukan adalah satu penghormatan. Saya sangat teruja dia berjaya menjaringkan gol ke-200.”

Leicester kekal di hati Vardy

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker