‘Gunakan’ saya sebaiknya demi pembangunan bola sepak – Tunku Mahkota Ismail
‘Gunakan’ saya sebaiknya demi pembangunan bola sepak – Tunku Mahkota Ismail

Johor Bahru: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersikap terbuka apabila mahu peminat bola sepak tempatan ‘menggunakan’ baginda sepenuhnya demi kebaikan dan pembangunan sukan itu khususnya melibatkan skuad Harimau Malaya.
Baginda bertitah, langkah itu lebih baik berbanding dengan hanya berharap sukan bola sepak tempatan akan menjadi lebih baik tanpa penglibatan baginda.
“Satu dua bulan ini memang ada gerakan tidak mahu melihat perkara (program naturalisasi) berjaya, sasaran utama adalah saya.
“Mereka tidak boleh serang secara terus, jadi mereka kritik Johor Darul Ta’zim (JDT), Liga Malaysia (Liga M) dan pasukan kebangsaan.
“Saya akan kekal dan teruskan bekerja untuk majukan JDT dan menyokong pasukan kebangsaan dengan apa yang boleh. Jadi adalah lebih baik kamu (penyokong bola sepak) gunakan saya sebaiknya,” titah baginda kepada pemberita ketika ditemui di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Titah baginda, penyokong bola sepak tempatan perlu membezakan saingan domestik dengan sokongan terhadap skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.
“JDT telah diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), kita berada dalam 10 pasukan terbaik di benua ini, sepatutnya peminat bola sepak tempatan menyokong pencapaian itu.
“Tetapi disebabkan ‘rivalry’, mereka tak boleh bezakan saingan domestik dengan kepentingan peringkat kebangsaan, bagi saya kedua-dua perkara itu berbeza,” titahnya.
Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT turut tidak bersetuju dengan kritikan negatif segelintir pihak terhadap program naturalisasi pemain dalam skuad Harimau Malaya ketika ini.
“Negara jiran kita sudah ambil langkah sama, jika kita nak berkembang kita kena (lakukan juga).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
“Kita bukan sahaja lihat asal usul mereka atau warna kulit, tetapi akhirnya adalah dedikasi mereka kepada pasukan kebangsaan.
“Bagi saya secara peribadi, saya tiada masalah pemain itu datang dari mana, asalkan mereka ada darah dan ada kaitan dengan Malaysia,” ujarnya.
Malah, baginda menepis tanggapan betapa barisan kejurulatihan dikuasai ‘orang luar’, sedangkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melantik Nafuzi Zain dan Hairudin Omar untuk membimbing skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara selain pelantikan Tan Cheng Hoe selaku Pengarah Teknikal skuad Harimau Malaya.
Baginda bertitah demikian sebagai mengulas kritikan segelintir pihak terhadap program naturalisasi melibatkan skuad Harimau Malaya, termasuklah daripada Datuk Santokh Singh.
Legenda bola sepak tempatan itu dilaporkan berkata, keputusan mengambil pemain secara naturalisasi dan barisan kejurulatihan luar negara hanya mengetepikan peluang pemain dan jurulatih tempatan menabur bakti kepada skuad bola sepak negara dan mewakili negara di pentas antarabangsa.
‘Gunakan’ saya sebaiknya demi pembangunan bola sepak – Tunku Mahkota Ismail
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.