Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Cklamovski tumpu aspek kecergasan pada fasa pertama latihan

Cklamovski tumpu aspek kecergasan pada fasa pertama latihan

Cklamovski tumpu aspek kecergasan pada fasa pertama latihan
CKLAMOVSKI menjawab soalan ketika sidang media pada hari pertama latihan fasa pertama skuad Harimau Malaya di Johor Bahru, hari ini. FOTO NAJMI NOR’AZAM

Johor Bahru: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski memberi fokus untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain apabila memulakan fasa pertama kem latihan skuad kebangsaan di Johor Bahru, bermula hari ini.

Pengendali kelahiran Australia itu berkata, fasa pertama begitu penting buat skuad Harimau Malaya kerana pemain baru sahaja menyertai kem latihan selepas empat minggu berehat dan menjalani latihan secara individu bagi memastikan tahap kecergasan tidak terjejas.

“Pemain tidak berehat selepas saingan Liga Malaysia (Liga M) berakhir, tetapi ia tidak mencukupi malah saya dan barisan kejurulatihan akan terus memberi fokus bagi meningkatkan tahap kcergasan sebelum memulakan latihan taktikal.

“Dalam senarai pemain yang dipanggil, kami membawa pemain bawah 23 tahun (B-23) bagi mendapat pendedahan terbaik sepanjang latihan dan mereka adalah harapan untuk barisan pemain skuad senior akan datang kerana pemain itu akan berdepan kelayakan Piala Asia B-23, September ini.

“Sembilan pemain B-23 akan menjalani latihan bersama pemain senior dan barisan kejurulatihan B-23 iaitu Nafuzi (Zain), Hairuddin (Omar) dan Aidil (Zafuan Abd Radzak) turut terbabit untuk bersama dalam kem latihan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Ditanya mengenai langkah mengadakan tiga fasa latihan dalam persiapan Harimau Malaya untuk menghadapi Vietnam dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027, 10 Jun ini, Cklamovski berkata, beliau dan barisan kejurulatihan mengambil berat untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara dengan melaksanakan beberapa program yang dirancang.

Beliau berkata, setiap program yang dirancang tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat dan memerlukan tempoh masa panjang dan berperingkat.

Katanya, setiap yang dirancang harus diteliti dan bukan sekadar tangkap muat kerana jika teratur maka semuanya akan mendapat pulang positif.

Cklamovski turut mengulas mengenai tindakannya memanggil Fergus Tierney dan Muhammad Abu Khalil untuk menjalani latihan bersama Harimau Malaya selepas tidak tersenarai ketika sesi latihan pada Mac lalu kerana kedua-dua pemain itu menunjukkan prestasi yang baik ketika beraksi dalam kancah Liga Thailand.

“Apapun, Fergus dan Muhammad perlu buktikan mereka mampu beri impak dalam skuad kebangsaan ketika menjalani latihan bersama pemain lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


“Mereka harus menunjukkan sesuatu dengan pengalaman beraksi di liga luar sudah tentu mereka perlu tampil dengan lebih konsisten,” kata Cklamovski.

Cklamovski tumpu aspek kecergasan pada fasa pertama latihan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker