Seorang maut setiap 36 jam

Seorang maut setiap 36 jam

Seorang maut setiap 36 jam
FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya satu nyawa menjadi korban dalam tempoh 36 jam akibat kemalangan maut membabitkan lori atau treler.

Itu nisbah kemalangan maut membabitkan kenderaan berat itu berdasarkan 1,457 angka korban nahas jalan raya dalam tempoh enam tahun lalu.

Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati kemalangan lori di lebuh raya lebih cenderung mengakibatkan kematian berbanding jalan raya lain seperti jalan persekutuan, jalan negeri, dan jalan perbandaran.

Faktor seperti kelajuan tinggi dan berat muatan lori berlebihan menyumbang kepada risiko kematian yang lebih tinggi, terutamanya apabila kemalangan berlaku di selekoh.

Aktivis jalan raya, Datuk Mohamad Hisham Shafe berkata, sepanjang enam tahun lalu, sebanyak 1,457 kemalangan maut membabitkan lori direkodkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Menurutnya, nisbah purata adalah satu kemalangan lori berlaku bagi setiap 2,164 minit atau bersamaan satu hari 12 jam.

Menurutnya, kemalangan membabitkan lori atau kenderaan berat sememangnya mengundang risiko kemalangan jiwa yang tinggi berikutan saiz dan impak hentakan lori lebih besar berbanding mana-mana kenderaan lain.

“Kalau kita melihat kepada rekod, 1,457 kematian itu membabitkan 3,500 kemalangan lori di seluruh negara sepanjang tempoh enam tahun berkenaan.

“Pada masa sama, terdapat 473 kecederaan parah dan 1,076 kecederaan ringan dilaporkan berpunca kemalangan membabitkan lori ini.

“Lori adalah kenderaan berat yang membawa impak besar ketika perlanggaran, terutama jika bergerak laju di lebuh raya,” katanya kepada Metro Ahad, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


Selain saiz dan beban, Mohamad Hisham berkata, pemandu lori sering terdedah kepada risiko keletihan akibat waktu bekerja yang panjang.

Beliau berkata, bebanan kerja berlebihan dan muatan tidak seimbang juga menjadi penyumbang kepada ketidakstabilan lori di jalan raya.

Menurutnya, kenderaan ini juga seringkali tidak melalui proses penyelenggaraan yang betul dan ia memberi kesan kepada pemanduan jangka panjang.

“Kegagalan mekanikal lori antara punca utama kemalangan jalan raya dan ia bukan isu baharu malah seringkali diperkatakan oleh pihak berkuasa.

“Kajian Miros juga turut mendedahkan hanya 32 peratus pengendali kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan perdagangan mematuhi Kod Amalan Industri untuk Keselamatan Pengangkutan (ICOP) pada tahun 2022.

“Semua data ini jelas menunjukkan bahawa aspek keselamatan kenderaan dagangan tidak begitu diambil berat malah ada pengusaha yang masih culas untuk melakukan penilaian penyelenggaraan dan menggunakan tayar celup,” katanya.

Seorang maut setiap 36 jam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker