Op Kutip: Imigresen lancar serbuan besar-besaran di Jalan TAR, 143 warga asing ditahan
Op Kutip: Imigresen lancar serbuan besar-besaran di Jalan TAR, 143 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR: Ratusan pekerja warga asing di sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, bertempiaran lari apabila dikejutkan dengan serbuan Operasi Kutip (Op Kutip) dilancarkan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Putrajaya, petang tadi.
Walaupun serbuan dilakukan di sekitar pusat beli-belah itu, sebilangan warga asing yang bekerja di premis berdekatan turut ‘menghilangkan diri’ apabila mengetahui serbuan sedang dijalankan.
Wartawan Harian Metro yang menyertai operasi itu mendapati beberapa lot perniagaan dipercayai dijaga oleh pekerja warga asing, juga dilihat ditinggalkan kosong tanpa penjaga susulan kehadiran pasukan Imigresen.
Beliau berkata, seramai 964 individu telah diperiksa dalam operasi itu membabitkan 273 warga asing dan 691 orang tempatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Daripada jumlah itu, seramai 143 warga asing membabitkan 56 warga Indonesia, Bangladesh (26), Pakistan (32), India (10), Myanmar (10), Syria (empat), Nepal (tiga), Afghanistan (satu) dan China (satu) ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
“Kesemua mereka yang terdiri daripada 110 lelaki dan 33 wanita berusia 22 hingga 48 tahun itu akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan serta tindakan lanjut,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan.
Jafri berkata, antara kesalahan dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas, tinggal melebihi masa, pemegang kad tidak diiktiraf dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.
Beliau berkata, ketika serbuan dan pemeriksaan dijalankan, pihaknya mendapati ada warga asing cuba melarikan diri dengan merempuh anggota serta melakukan provokasi sebaik saja menyedari kehadiran pasukan sehingga menyukarkan proses tangkapan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
“Persekitaran yang sempit dan tidak teratur serta kehadiran pelanggan turut melambatkan proses pemeriksaan.
“Anggota operasi terpaksa melakukan pemeriksaan menyeluruh di dalam kawasan kompleks perniagaan berkenaan.
“Ada warga asing bersembunyi di dalam bilik persalinan, ruang tersorok bawah tangga, tandas dan bilik stor.
“Selain itu, terdapat individu enggan membuka pintu, menyembunyikan warga asing dan menyorok dokumen penting yang melambatkan proses pemeriksaan,” katanya.
Beliau sekali gus mengingatkan warga tempatan, terutama majikan, supaya tidak menggaji atau melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana boleh berdepan tindakan tegas bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
Sementara itu, Jafri memaklumkan setakat 15 Mei lalu, pihaknya melaksanakan pemeriksaan terhadap 67,574 orang melalui 5,090 operasi di seluruh negara.
Menerusi operasi terbabit, beliau berkata, seramai 34,615 PATI dan 680 majikan ditahan.
Op Kutip: Imigresen lancar serbuan besar-besaran di Jalan TAR, 143 warga asing ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.