Keunikan Barca sebagai keluarga kunci kejayaan La Liga – Flick
Keunikan Barca sebagai keluarga kunci kejayaan La Liga – Flick

Barcelona: Jurulatih Barcelona, Hansi Flick mengakui, tulang belakang kejayaan La Liga pasukan itu musim ini ialah semangat kekeluargaan dibina di kelab itu.
Pasukan kendalian jurulatih dari Jerman itu menamatkan saingan dengan kejuaraan liga ke-28 mereka, awal pagi tadi, selepas menang 2-0 ke atas Espanyol, sekali gus melengkapkan treble domestik selepas turut menjuarai Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol.
“Saya rasa perkara paling penting ialah sangat menakjubkan apabila semua orang di kelab ini menjalankan tugas mereka dengan penuh semangat, sikap sangat baik dan mentaliti hebat serta semua orang tahu betapa pentingnya peranan mereka,” kata Flick kepada pemberita.
“Ini sangat membantu untuk mencapai matlamat kami dan sudah tentu pemain serta suasana di bilik persalinan, ia sangat hebat, saya tidak pernah alami seperti ini sebelum ini.
“Semua orang benar-benar saling menjaga dan ia sesuatu yang unik.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Barcelona akan meraikan kejuaraan mereka dengan perarakan menaiki bas pada hari ini, tetapi tidak berbuat demikian di atas padang Espanyol susulan insiden pada 2023.
Ketika pasukan kendalian Xavi Hernandez memenangi kejuaraan di Stadium RCDE dua tahun lalu, mereka dikejar keluar padang oleh penyokong tuan rumah yang menyerbu ke dalam padang.
“Di atas padang memang jelas kami tidak boleh meraikan di sana kerana dua tahun lalu ada kekecohan,” kata Flick.
“Ia soal menghormati penyokong di sini, jadi kami raikan di bilik persalinan, sangat hebat, pemain dapat meraikannya dengan baik.
“Esok saya akan berdiri sedikit di belakang dan menikmatinya. Bila saya lihat orang ramai gembira dan tersenyum, itu buat saya turut gembira.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Meskipun gembira dengan kejayaan menjuarai liga, Flick turut mengenang detik sedih sepanjang musim ini termasuk kematian mengejut doktor kelab, Carles Minarro pada Mac lalu.
“Carles kini berada di sini,” kata Flick sambil menunjuk ke arah siling.
“Dia pasti akan berasa sangat bangga dengan pasukan ini, dengan apa yang telah kami capai beberapa bulan lalu, jadi kami sentiasa mengenang dirinya.
“Kami tidak akan melupakannya, kerana dia adalah sebahagian besar daripada pasukan ini dan akan sentiasa ada tempat dalam hati kami.”
Keunikan Barca sebagai keluarga kunci kejayaan La Liga – Flick
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.