Jasmine, Coco bakal berentap di final
Jasmine, Coco bakal berentap di final

Rom: Jasmine Paolini akan berdepan Coco Gauff dalam perlawanan akhir Terbuka Itali mempertemukan wakil Itali dan Amerika Syarikat (AS) selepas kedua-duanya mara dari separuh akhir, hari ini.
Jasmine yang juga pilihan keenam, menewaskan pemain bukan pilihan dari AS, Peyton Stearns, 7-5, 6-1 untuk menjadi wanita Itali ketiga yang mara ke final kejohanan negara di sendiri dalam Era Terbuka.
Sara Errani tewas dalam final 2014, manakala Raffaella Reggi adalah pemain wanita Itali terakhir yang menjuarai trofi ini pada 1985.
Dalam satu lagi separuh akhir, Coco yang juga pilihan keempat, mengatasi pilihan kelapan dari China, Qinwen Zheng, 7-6 (3), 4-6, 7-6 (4), sekali gus menjadi wanita AS pertama sejak 2016 yang mara ke final di Rom.
Walaupun Jasmine akan mendapat sokongan penonton tuan rumah, laluannya ke final bukan mudah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Dia menewaskan pilihan ke-17 Jelena Ostapenko dari Latvia pada pusingan ke-16 sebelum menang dalam tiga set ke atas pilihan ke-13 dari Rusia, Diana Shnaider, di suku akhir.
“Saya cuba kekalkan pemikiran tahun lalu sangat baik dan itu beri saya keyakinan,” kata Jasmine, 29, yang satu-satunya gelaran WTA 1000 dimenanginya di Dubai pada 2024.
“Saya kena ingat semua pengalaman yang saya ada. Pada masa sama, tahun ini adalah tahun lain. Cerita yang berbeza, sama sekali berbeza.”
Kemenangan Coco ke atas Zheng berlangsung selama tiga jam 32 minit.
Selepas memenangi set pertama menerusi tie-break, Zheng mengawal permainan set kedua dengan mendahului 3-0 dan 4-1 sebelum menamatkan set untuk mengikat kedudukan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
“Saya hanya cuba fokus untuk setiap mata,” kata Coco.
“Saya sudah jangka ini akan jadi perlawanan yang fizikal. Kali terakhir kami bertemu pun lebih tiga jam.
“Secara keseluruhan saya gembira. Bukannya prestasi terbaik saya, sejujurnya. Tapi saya lega dapat melepasi cabaran ini dan mara ke satu lagi final.”
Jasmine, Coco bakal berentap di final
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.