Hamilton mengakui pandang rendah cabaran bersama Ferrari
Hamilton mengakui pandang rendah cabaran bersama Ferrari

Imola: Lewis Hamilton mengakui memandang rendah betapa sukarnya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Ferrari selepas 12 tahun bersama Mercedes.
Juara dunia tujuh kali berusia 40 tahun itu memenangi enam kejuaraannya bersama pasukan ‘silver arrows’ sebelum membuat keputusan dramatik untuk meninggalkan pasukan itu, tahun lalu.
“Saya memang jangka ia akan jadi sukar kerana pernah menyertai pasukan baharu sebelum ini dan saya datang dengan fikiran terbuka.
“Tapi saya tak sangka ia akan jadi sesukar ini,” katanya di Imola menjelang Grand Prix Emilia Romagna hujung minggu ini.
Hamilton hadir dengan nada rendah di paddock Litar Autodromo Enzo e Dino Ferrari, yang merupakan litar rumah Ferrari dan mengakui bahawa masih banyak kerja perlu dilakukan jika mahu mengembalikan prestasi terbaiknya.
“Kejuaraan? Masih jauh lagi. Berdasarkan pengalaman saya, bila anda sudah ketinggalan lebih 100 mata pada tahap ini dalam musim, dengan kereta yang berdepan pasukan seperti McLaren yang mendominasi, kita kena terima hakikat mungkin kita bukan dalam perebutan kejuaraan. Tapi keadaan boleh berubah.”
Hamilton kini ketinggalan 90 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Oscar Piastri dari McLaren.
Ferrari merancang untuk memperkenalkan pakej naik taraf hujung minggu ini dengan peningkatan besar dijangka diperkenalkan di Sepanyol, dua minggu lagi, namun Hamilton menyatakan beliau belum pasti keberkesanannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
“Buat masa ini kami tak tahu. Tapi kami mahu mendekatkan jurang dan tak boleh menutup pintu kepada sebarang idea. Kami kena kekal fokus dan berwaspada.
“Kami kena terus menekan dengan harapan dan matlamat untuk menang, mencari perbezaan sepuluh saat demi mengubah keadaan. Kita kena percaya.”
Rakan sepasukannya, Charles Leclerc menarik diri daripada sesi media pada Khamis kerana tidak sihat.
Dalam satu kenyataan, Ferrari mengesahkan pemandu dari Monaco itu kurang sihat, tetapi dijangka pulih untuk memandu pada Jumaat.
“Charles kurang sihat dan tidak akan ke litar hari ini,” kata kenyataan itu.
“Dia akan berehat dan fokus kepada pemulihan, dan kami jangka dia akan berada dalam kereta esok.”
Hamilton mengakui pandang rendah cabaran bersama Ferrari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.