Fox cemerlang walaupun dapat slot saat akhir
Fox cemerlang walaupun dapat slot saat akhir

Charlotte, North Carolina : Ryan Fox dari New Zealand sepatutnya sedang memancing minggu ini jika tidak kerana mendapat tempat saat akhir dalam Kejohanan PGA, empat hari lalu.
Namun selepas memanfaatkan pusingan pembukaan semalam, dia kini berpeluang untuk menangkap ‘ikan besar’ iaitu gelaran utama.
Fox yang meraih kemenangan sulungnya di Jelajah PGA pada Ahad lalu apabila dia melakukan chip masuk dari jarak lebih 50 kaki pada lubang playoff pertama di Myrtle Beach dan semalam mencatat empat bawah par 67 di Kelab Quail Hollow, sekali gus meletakkannya dalam kedudukan kukuh.
“Memang luar biasa dengan apa yang boleh dilakukan apabila keyakinan kembali,” kata Fox selepas mencatat enam birdie dan dua bogey untuk berkongsi kedudukan keempat, tiga pukulan di belakang pendahulu, Jhonattan Vegas.
“Ada pukulan buruk yang biasanya sangat mengganggu saya beberapa minggu lalu, tapi hari ini rasa macam tak penting sangat.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Apa yang menjadikan pusingan pembukaan Fox lebih mengagumkan ialah ia hadir selepas empat minggu berturut-turut beraksi dalam kejohanan.
Sekiranya tidak menang di Myrtle Beach untuk melayakkan diri ke dalam senarai 156 pemain minggu ini, Fox sudah mempunyai rancangan untuk menghabiskan masa rehat menjelang kejohanan Jelajah PGA di Colonial Country Club, Fort Worth, Texas pada 22 hingga 25 Mei.
“Saya akan pergi memancing sekurang-kurangnya sekali. Selebihnya, cuma jadi ayah. Ini sudah lima minggu berturut-turut,” kata Fox.
“Jadi saya akan letak kayu golf ke tepi selama lima atau enam hari, berehat dan bersedia untuk Colonial minggu depan.
“Tapi sudah tentu, ia satu perubahan yang sangat dialu-alukan untuk berada di sini.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Pencapaian terbaik Fox yang juga anak kepada lagenda legenda ragbi New Zealand All Blacks, Grant Fox dalam kejohanan utama ialah tempat ke-16 di Terbuka British 2019.
Selepas pusingan pembukaannya, Fox berkongsi nasihat yang pernah diberikan oleh bapanya sejak dia masih kecil.
“Nasihatnya ialah kerja keras mengatasi bakat. Kalau kamu bekerja keras untuk jadi yang terbaik, kamu akan dapat terima apa sahaja yang berlaku,” kata Fox.
Fox cemerlang walaupun dapat slot saat akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.