Eze mampu bantu Palace lakar sejarah julang Piala FA

Eze mampu bantu Palace lakar sejarah julang Piala FA

Eze mampu bantu Palace lakar sejarah julang Piala FA
EZE cemerlang apabila menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan terakhir. FOTO REUTERS

London: Sejarah menanti Crystal Palace di Wembley pada aksi final Piala FA, malam esok, ketika Manchester City pula berdepan peluang terakhir untuk mengelak musim tanpa trofi iaitu sesuatu yang jarang berlaku di bawah kendalian Pep Guardiola.

Palace yang dua kali muncul naib juara Piala FA, belum pernah menjulang trofi utama dalam sejarah 119 tahun kelab itu.

Namun mereka percaya inilah masanya, ketika City tampak jauh daripada prestasi hebat era kegemilangan Guardiola.

Palace menamatkan persiapan ke Wembley dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas Tottenham hujung minggu lalu, sekali gus menyamai rekod 49 mata Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baki dua perlawanan musim ini.

Musim lalu, kelab dari selatan London itu menamatkan saingan dalam kelompok 10 teratas buat kali pertama dalam era EPL, hanya selepas beberapa bulan di bawah kendalian Oliver Glasner.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Walaupun kedudukan 10 terbaik mungkin sukar dicapai kali ini, kemajuan tetap diteruskan oleh pengendali Austria itu terutama dengan kejayaan di Piala FA, termasuk kemenangan bergaya 3-0 ke atas Aston Villa di separuh akhir.

Eberechi Eze kini menjadi tonggak utama yang perlu diawasi City selepas menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan terakhir.

Beliau antara empat pemain antarabangsa England dalam skuad Palace yang dijangka diturunkan malam esok, bersama Dean Henderson, Marc Guehi dan Adam Wharton.

“Ia sangat bermakna,” kata Eze mengenai peluang untuk menghadiahkan trofi pertama buat kelab.

“Kami tahu apa maknanya kepada penyokong dan kelab. Kami akan memberikan segala yang kami ada untuk meletakkan diri dalam kedudukan terbaik. Dan Kami yakin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


“Kami tahu hanya perlu fokus pada permainan sendiri dan menjadi versi terbaik diri kami dan mampu menewaskan mana-mana pasukan.”

Kemenangan akan memastikan kemunculan sulung Palace dalam kejohanan kelab utama Eropah menerusi slot ke Liga Europa.

Sementara itu, keputusan City seri tanpa jaringan menentang Southampton yang menghuni tangga tercorot memberi lebih banyak harapan buat Palace.

Namun, skuad Guardiola masih belum tewas dalam 10 perlawanan termasuk kemenangan 5-2 ke atas Palace, bulan lalu meskipun ketinggalan dua gol.

Kebangkitan City di Etihad ketika itu dicetuskan oleh Kevin De Bruyne yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Pemain tengah Belgium itu hanya berbaki tiga perlawanan sebelum menamatkan tempoh gemilang sedekad di Manchester dan pastinya mahu menambah satu lagi kejuaraan daripada koleksi 14 trofi utamanya bersama kelab.

Eze mampu bantu Palace lakar sejarah julang Piala FA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker