Dadah RM11.5 juta diseludup dalam kotak pembesar suara

Dadah RM11.5 juta diseludup dalam kotak pembesar suara

Dadah RM11.5 juta diseludup dalam kotak pembesar suara
Kotak pembesar suara yang diubahsuai untuk memuatkan 122.85 kilogram heroin dan cuba dihantar ke Australia menggunakan khidmat mover di Pelabuhan Klang, Klang, Selangor. – Foto NSTP/Ahmad Hasbi

NILAI: Sindiket pengedaran dadah dikesan menggunakan perkhidmatan syarikat pindah barang (mover) dengan menyorok bahan terlarang itu di dalam alat pembesar suara.

Dalam pemeriksaan sebuah gudang syarikat mover di Batu Caves, Selangor pada 10 April lalu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menemui 122.85 kilogram (kg) dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM11.5 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Raizam Setapa @ Mustapha berkata pihaknya mendapati alat pembesar suara berkenaan akan dihantar ke satu alamat di Australia.

“Bertindak atas maklumat, jam 4 petang 10 April lalu, sepasukan anggota Kastam Cawangan Narkotik Ibu Pejabat menyita 90 kotak pelbagai saiz di gudang syarikat mover di Batu Caves.

“Pemeriksaan menjumpai 344 ketulan mampat serbuk putih disyaki dadah berbahaya jenis heroin berat kasar 122.85kg dianggarkan bernilai RM11.5 juta,” katanya pada sidang media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Pembesar suara berkenaan diubahsuai yang mana hanya struktur luar sahaja dikekalkan manakala bahan elektronik di bahagian dalam dibuang dan diisi dengan dadah berkenaan.

“Semua dadah ditemui dalam empat kotak berisi pembesar suara yang diubahsuai manakala pemeriksaan baki 85 kotak yang mengandungi barangan kelengkapan rumah, tiada dadah,” katanya.

Ini kali pertama Kastam mengesan sindiket dadah antarabangsa menggunakan khidmat mover untuk menyeludup dadah ke luar negara.

“Modus operandi mereka adalah menggunakan perkhidmatan mover untuk menghantar barang kelengkapan rumah menggunakan kontena ke Pelabuhan Klang, Selangor,” katanya.

Dalam kes berlainan, Raizam berkata, pihaknya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang membabitkan sitaan dadah berat kasar 15,974 gram dengan anggaran nilai RM1.47 juta dalam tiga kes berasingan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


“Kes pertama pada 13 Mac lalu yang menjumpai lima bungkusan mengandungi disyaki dadah jenis methaphetamine dianggarkan bernilai RM163,350 di gudang syarikat logistik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo.

“Seterusnya, serbuan di dua kondominium di Salak Selatan dan Sentul, Kuala Lumpur menjumpai 5,000 gram dadah jenis MDMA serta 6,176 gram kanabis dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.15 juta pada April lalu.

“Bagi kes ketiga, tangkapan suspek bersama 5,106 gram dadah disyaki methaphetamine dianggarkan bernilai RM163,392 di sebuah premis kurier di Subang Jaya pada 10 April lalu,” katanya.

Dadah RM11.5 juta diseludup dalam kotak pembesar suara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker