Siapa akan iringi Liverpool ke UCL musim depan?

Siapa akan iringi Liverpool ke UCL musim depan?

Siapa akan iringi Liverpool ke UCL musim depan?
HANYA Liverpool sudah mengesahkan tempat ke UCL musim depan. -FOTO Reuters

London: Saingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah berakhir dan penyingkiran pasukan juga diputuskan namun perebutan tiket ke Liga Juara-Juara (UCL) masih terbuka luas dengan hanya berbaki dua perlawanan.

Setakat ini, hanya juara EPL, Liverpool mengesahkan tempat dalam lima slot ke UCL musim depan, manakala pasukan di tangga kedua, Arsenal, hampir pasti mengikut jejak langkah mereka.

Namun, hanya empat mata memisahkan Newcastle di tempat ketiga dan Nottingham Forest di kedudukan ketujuh, menjadikan baki saingan semakin mendebarkan.

Aksi hujung minggu ini dalam saingan EPL pasti akan lebih mengujakan.

Arsenal menjadi pencabar terdekat Liverpool sepanjang musim ini dan beberapa minggu lalu kelihatan selesa di kedudukan kedua.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah


Namun, kemenangan Newcastle kendalian Eddie Howe di Emirates pada Ahad ini akan membolehkan The Magpies berada satu mata di atas The Gunners, yang hanya mencatat satu kemenangan dalam enam perlawanan liga terakhir.

Sebaliknya, Newcastle terus menunjukkan prestasi meyakinkan sejak memenangi perlawanan akhir Piala Liga menewaskan Liverpool pada pertengahan Mac, hanya tewas sekali dalam lapan perlawanan liga selepas itu.

Kemenangan 2-0 ke atas pencabar lima teratas, Chelsea, Ahad lalu adalah satu langkah besar ke arah kelayakan UCL buat kali kedua dalam tempoh tiga musim.

“Kami masih ada dua perlawanan lagi dan pelbagai perkara boleh berlaku. Kami perlu terus mara ke hadapan,” kata Howe.

Perlawanan terakhir Newcastle pada 25 Mei adalah aksi di laman sendiri menentang Everton, manakala Arsenal akan menentang kelab tercorot, Southampton, di gelanggang lawan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik


Sementara itu Aston Villa dan Chelsea berpeluang memintas pesaing mereka dalam kelompok lima teratas dengan kedua-duanya akan beraksi lebih awal iaitu Sabtu ini menentang Tottenham dan Manchester United.

Villa, yang kekal konsisten dalam saingan liga walaupun tersingkir daripada UCL dan Piala FA baru-baru ini, boleh melonjak ke tempat keempat jika menewaskan Spurs di laman sendiri.

Chelsea, yang turut mengumpul 63 mata, bakal memintas Newcastle di tangga ketiga jika menang, dengan kelebihan perbezaan jaringan.

United dan Spurs pula berada di kedudukan bawah liga selepas musim yang mengecewakan, dengan tumpuan mereka kini lebih terarah kepada perlawanan akhir Liga Europa minggu depan di Bilbao.

Difahamkan, pengurus kedua-dua pasukan dijangka merehatkan beberapa pemain utama bagi mengelak kecederaan.

Siapa akan iringi Liverpool ke UCL musim depan?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker