Asencio didakwa edar video seks
Asencio didakwa edar video seks

Madrid: Pemain pertahanan Real Madrid, Raul Asencio, didakwa bersama tiga bekas pemain muda kelab itu atas tuduhan pengedaran video seks membabitkan seorang remaja bawah umur, menurut laporan media Sepanyol semalam.
Seorang hakim di Mahkamah Gran Canaria mendakwa “empat pemain bola sepak” atas pembabitan mereka dalam “rakaman atau penyebaran tanpa kebenaran video bersifat seksual yang membabitkan seorang remaja perempuan bawah umur dan seorang lagi gadis remaja”, masing-masing berusia 16 dan 18 tahun ketika kejadian, menurut dokumen mahkamah yang dilihat oleh AFP.
Hakim itu tidak menyebut nama Asencio secara langsung, mahupun memperincikan pemain mana yang dituduh melakukan kesalahan tertentu.
Pemain itu didakwa atas kesalahan “pendedahan rahsia tanpa kebenaran, pelanggaran privasi, mengedar dan menghantar video kepada pihak ketiga tanpa persetujuan, eksploitasi kanak-kanak bawah umur untuk tujuan pornografi, serta memiliki bahan pornografi kanak-kanak”.
Pada September 2023, tiga pemain yang tidak dinamakan ditahan di pusat latihan Real Madrid selepas ibu kepada remaja perempuan berusia 16 tahun yang muncul dalam video membuat laporan polis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
Ketika itu, media Sepanyol melaporkan bahawa suspek utama, yang identitinya tidak didedahkan, merakam hubungan seksual secara suka sama suka dengan remaja itu namun menghantar video berkenaan kepada rakan-rakan lain tanpa kebenaran mangsa.
Asencio, 22, kini menjadi pemain tetap dalam kesebelasan utama Real Madrid pada musim penampilan sulungnya.
Bagaimanapun, Asencio sering diejek oleh penyokong di pelbagai stadium di seluruh Sepanyol, termasuk penyokong Barcelona yang melaungkan “Asencio, masuk penjara” semasa perlawanan El Clasico pada Ahad lalu.
Kemenangan Real Madrid ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Februari lalu turut terganggu seketika apabila penyokong tuan rumah melaungkan “Asencio mati” hingga memaksa pengadil menghentikan permainan buat sementara waktu.
Asencio didakwa edar video seks
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
You must be logged in to post a comment.