Negeri Sembilan FC mahu import lebih ramai pemain Jepun
Negeri Sembilan FC mahu import lebih ramai pemain Jepun

Seremban: Selepas gagal mencapai sasaran ditetapkan pada musim lalu, Negeri Sembilan FC (NSFC) kini dilihat sedang merancang sesuatu yang besar untuk membina semula reputasi pasukan itu pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025-26.
Difahamkan pengurusan kelab berkenaan sedang merancang untuk membawa masuk lebih ramai pemain dari Jepun susulan prestasi terbaik dipamerkan perancang bahagian tengah, Takumi Sasaki, pada musim pertamanya bersama skuad Hobin Jang Hobin.
Sasaki satu-satunya pemain import yang disahkan oleh kelab terbabit kekal bersama pasukan berkenaan bagi musim depan.
“Ketua Pegawai Eksekutif NSFC Faliq Firdaus telah bertolak ke Jepun, Sabtu lalu untuk berbincang dengan beberapa kelab dan mencari pemain pinjaman.
Sebelum ini Faliq pernah menjelaskan bahawa kelab berkenaan berhasrat untuk membawa masuk sekurang-kurangnya tiga pemain kebangsaan dalam pasukan itu.
Kini, desas-desus timbul dalam kalangan peminat Negeri Sembilan mengenai pemain yang ingin dibawa masuk apabila mengaitkan beberapa nama besar termasuk bekas penyerang bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Luqman Hakim Shamsuddin.
Luqman pernah beraksi bersama beberapa kelab luar negara seperti KV Kortrijk (Belgium), Nardvik (Iceland) dan YSCC Yokohama (Jepun) sebelum kembali ke Malaysia tahun ini.
Pemain lain yang turut dikaitkan dengan Negeri Sembilan antaranya Azri Ghani (penjaga gol) dan Khuzaimi Piee (pertahanan) serta Safawi Rashid (penyerang) selain Mukhairi Ajmal, Adam Nor Azlin, Hakimi Abdullah, Haqimi Azim, T Saravanan, Ariff Ar-Rasyid dan J Partiban.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi daripada pihak pengurusan kelab terbabit mengenai kedudukan semua pemain itu kerana dalam masa sama terdapat beberapa kelab lain yang turut mahukan khidmat pemain berkenaan.
Berpandukan kenyataan Faliq, jelas beliau mahukan pencapaian yang lebih baik daripada pasukan Negeri Sembilan untuk musim baharu nanti.
Negeri Sembilan menamatkan saingan di tangga ke-12 daripada 13 pasukan yang bersaing dalam Liga Super musim lalu.
Negeri Sembilan FC mahu import lebih ramai pemain Jepun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
You must be logged in to post a comment.