PSM minat anjur Piala Dunia 2026
PSM minat anjur Piala Dunia 2026

Kuala Lumpur: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menyahut seruan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk menjadikan Malaysia tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia 2026 apabila menyatakan hasrat membida penganjuran pertandingan itu.
Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, gerak kerja sedang dijalankan pihaknya bagi membida penganjuran kejohanan berprestij itu selepas kali terakhir pada 2024.
“Saya ada bercakap dengan Mr Boonchai Lorhphipaat (Pemangku Presiden Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader mengenai hasrat untuk membida Piala Dunia tahun hadapan sebab ini arahan daripada menteri sendiri. Jadi kita nak buat di Kuala Lumpur yang akan melibatkan acara lelaki dan wanita.
“Kita juga kalau boleh menjemput banyak lagi negara untuk menyertai sebab tahun hadapan adalah tahun melawat Malaysia 2026,” katanya pada sidang media di Pejabat PSM di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi lampu hijau kepada PSM untuk membida Piala Dunia 2026 yang dilihat bakal memberi impak kepada Tahun Melawat Malaysia tahun depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Dalam pada itu, Mohd Sumali berkata sekiranya terpilih, pihaknya akan melakukan persiapan awal bagi memastikan penganjuran terbaik selain mempersiapkan barisan pemain terkuat.
“Kali ini saya nak buat perancangan daripada awal. Perancangan ini bukan sekadar nak buat kejohanan sahaja tetapi macam mana pasukan kita boleh pergi ke final. Itu yang saya nak dulu,” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan venue Piala Dunia itu akan diadakan di tempat berbeza berbanding di Stadium Titiwangsa seperti sebelum ini, sekiranya memenangi bidaan.
Ia bagi memastikan lebih ramai peminat sukan itu yang menurutnya meningkat dari tahun ke tahun, dapat menghadiri kejohanan.
PSM minat anjur Piala Dunia 2026
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.