Lelaki lapar minta sisa makanan dapat makan percuma
Lelaki lapar minta sisa makanan dapat makan percuma

BANGKOK – Pemilik sebuah restoran di Thailand mengundang perhatian pengguna media sosial kerana memberi makan makanan baru dimasak kepada seorang lelaki yang sedang kelaparan, lapor portal berita Must Share News semalam.
Pemilik restoran di wilayah Rayong itu tidak sampai hati melihat lelaki berkenaan makan sisa makanan yang ditinggalkan pelanggan kedainya.
Berdasarkan rakaman video kejadian, pemilik restoran berkata, dia melihat lelaki itu meminta untuk makan makanan pelanggan yang tidak dihabiskan daripada pekerja restoran.
Selepas pekerja bersetuju, lelaki tersebut meletakkan sisa makanan ke dalam beg plastik sambil disaksikan oleh pemilik restoran.
Wanita itu kemudian memberitahu, dia akan menyediakan masakan panas dan air kepada lelaki tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
“Kelaparan amat menakutkan,” kata hantaran pemilik restoran di laman TikTok.
Dalam ruangan komen, pemilik restoran itu menambah, lelaki berkenaan mengutip sampah dan pada hari tersebut, dia dipukul oleh beberapa individu. Ia menyebabkan dia tidak mampu menjana pendapatan mencukupi.
“Kami tidak mempunyai banyak tetapi cukup untuk berkongsi,” katanya. – AGENSI
Lelaki lapar minta sisa makanan dapat makan percuma
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.