Tragedi cari kepah, budak perempuan 7 tahun ditemukan lemas di Sungai Balok

Tragedi cari kepah, budak perempuan 7 tahun ditemukan lemas di Sungai Balok

Tragedi cari kepah, budak perempuan 7 tahun ditemukan lemas di Sungai Balok
Keluarga budak perempuan yang hilang menanti di muara Sungai Balok. – Foto pembaca

KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang di muara Sungai Balok di sini ditemukan lemas tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Razam Taja Rahim berkata mangsa dijumpai kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dikatakan hilang semalam.

“Mangsa ditemukan oleh anggota bomba di tebing pasir pada 12.43 tengah malam dan mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa telah ke lokasi berkenaan bersama keluarga untuk mandi-manda dan mencari kepah sebelum disedari hilang sekitar 3.50 petang.

 

Pemeriksaan terhadap mangsa didapati tiada kesan kecederaan dan unsur jenayah, dan mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP


Beliau turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memantau serta mengawal anak-anak ketika berada di lokasi perkelahan, antaranya di pantai dan air terjun. –BERNAMA

Tragedi cari kepah, budak perempuan 7 tahun ditemukan lemas di Sungai Balok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker