Penyokong Sevilla mengamuk, serbu pusat latihan pasukan

Penyokong Sevilla mengamuk, serbu pusat latihan pasukan

Penyokong Sevilla mengamuk, serbu pusat latihan pasukan
Penyokong Sevilla bertindak dengan menyerang pusat latihan kerana tidak berpuas hati pasukannya tewas kepada Celta Vigo.

Madrid: Kekalahan tipis 2-3 kepada Celta Vigo mengundang kemarahan penyokong Sevilla apabila sekumpulan mereka bertindak menyerbu pusat latihan kelab berkenaan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian tegang itu, penyokong dilaporkan merempuh pagar masuk kemudahan latihan selepas kekalahan ke-15 musim ini menyebabkan kelab hanya dua anak tangga daripada zon penyingkiran LaLiga.

Sevilla, yang pernah menjulang tujuh gelaran Liga Europa, kini menghuni tangga ke-16 dengan 38 mata selepas 35 perlawanan – jauh dari kelompok kelayakan ke pentas Eropah.

Susulan kekalahan di Estadio Balaídos, ratusan penyokong berkumpul di luar kem latihan sambil menunggu ketibaan pemain dalam satu bentuk protes terbuka terhadap prestasi hambar pasukan.

Bagaimanapun, usaha mereka untuk memasuki kawasan itu berjaya disekat pihak polis dan pasukan keselamatan kelab.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP


Laporan tempatan menyebut skuad utama terpaksa bermalam di kompleks latihan bagi mengelak konfrontasi dengan kumpulan penyokong yang semakin marah.

Pihak kelab masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden terbabit.

Sevilla dijangka kembali menjalani sesi latihan esok sebagai persiapan untuk aksi penting menentang pasukan di zon penyingkiran, Las Palmas, Selasa ini.

Penyokong Sevilla mengamuk, serbu pusat latihan pasukan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker