Peniaga kosmetik didakwa edar dadah lebih 1 kilogram
Peniaga kosmetik didakwa edar dadah lebih 1 kilogram
Abdul Rahman (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.015 kilogram. NSTP/ GHAZALI KORI
KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga kosmetik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.015 kilogram.
Tertuduh, Abdul Rahman Mohamad Hussain,36, mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.
Jika sabit kesalahan, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan perlu disebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.
Mahkamah menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ely Nazihah Ahmad Yunus, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan peniaga kosmetik ditahan bersama dadah dianggarkan seberat 1.02 kg membabitkan rampasan keseluruhan termasuk aset bernilai lebih RM1 juta.
Peniaga kosmetik didakwa edar dadah lebih 1 kilogram
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.