Pelancong Malaysia terjatuh dari balkoni hotel di Phuket
Pelancong Malaysia terjatuh dari balkoni hotel di Phuket

BANGKOK – Seorang pelancong Malaysia terjatuh dari balkoni hotel awal pagi semalam sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di sebuah hospital di Phuket, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempaan) apabila Polis Patong dimaklumkan oleh Hospital Patong bahawa seorang lelaki warga asing terjatuh dari bangunan hotel.
Hospital itu menyatakan, pelancong berkenaan meninggal dunia secara tragis sejurus selepas dimasukkan ke pusat perubatan tersebut.
Polis mengesahkan mangsa adalah warganegara Malaysia berusia 25 tahun.
Identitinya tidak didedahkan buat sementara waktu sebelum kematian mangsa dimaklumkan kepada keluarganya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Menurut polis, lelaki itu tiba di Thailand pada 8 Mei lalu sebagai sebahagian daripada kumpulan pelancong yang terdiri daripada 20 rakyat Malaysia.
Butiran lanjut dijangka didedahkan sebaik keputusan bedah siasat dikeluarkan dan temu bual lanjut dengan saksi dijalankan. – AGENSI
Pelancong Malaysia terjatuh dari balkoni hotel di Phuket
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.