Buaya makin kerap muncul, penduduk Parit Gantong bimbang nyawa terancam

Buaya makin kerap muncul, penduduk Parit Gantong bimbang nyawa terancam

Buaya makin kerap muncul, penduduk Parit Gantong bimbang nyawa terancam
Buaya betina 410 kilogram ditangkap penduduk Kampung Parit Gantong Laut selepas memasuki kawasan kebun sawit dalam kejadian Rabu lalu. Ia kemudian diserahkan kepada PERHILITAN untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Batu Pahat: Kejadian tiga buaya ditangkap dalam tempoh seminggu membuatkan pekebun, penternak serta penduduk sekitar Kampung Parit Gantong, di sini, bimbang kemungkinan reptilia itu muncul lagi.

Mereka mengakui berasa terancam, bukan sahaja keselamatan diri, bahkan haiwan ternakan, menyebabkan ada antara penduduk tidak berani ke kebun, terutama yang terletak berdekatan Sungai Batu Pahat.

Penternak kambing, M Nazri Sadikin, 50, berkata seekor kambing miliknya menjadi mangsa selepas bangkai ternakan itu ditemui kira-kira 20 meter dari tebing sungai berkenaan, baru-baru ini.

Katanya, dia kini bersama kira-kira 20 pekebun dan seorang lagi penternak lembu, bimbang dengan kehadiran haiwan pemangsa itu yang bukan sahaja mengancam ternakan, tetapi keselamatan manusia.

“Buaya di Sungai Batu Pahat ini sudah mula muncul sejak 2010, tetapi ketika itu penduduk sekitar tidak terlalu bimbang. Cuma tiga tahun kebelakangan ini, ia semakin kerap muncul.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

“Malah ada pekebun kelapa sawit yang sudah tidak ke kebun untuk memotong buah. Lebih membimbangkan buaya kini sudah mula masuk kawasan kediaman penduduk. Semalam seekor anak buaya ditemui di bilik air rumah penduduk,” katanya.

Pekebun, Mohd Fitri Azizi Kasbola, 44, berkata dia juga menemui seekor buaya betina bersama 53 biji telur reptilia itu di kawasan kebunnya semalam, sebelum menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

“PERHILITAN sudah ambil telur dan menangkap buaya dianggarkan seberat 300 kilogram itu,” katanya.

Sebelum ini, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Pegawai Bomba Kanan II Murad Paiman, berkata seekor anak buaya sepanjang satu meter dalam bilik air rumah penduduk di Kampung Parit Gantung, Taman Nira berjaya ditangkap, semalam.

Rabu lalu, bomba dengan bantuan penduduk kampung turut menangkap seekor buaya seberat 410 kilogram di kampung sama sebelum haiwan itu diserahkan kepada PERHILITAN untuk tindakan lanjut.

Buaya makin kerap muncul, penduduk Parit Gantong bimbang nyawa terancam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker