Atikah Suhaime Akui Sunyi Di Fasa ‘Motherhood’

‘Saya Yakin Semuanya Berbaloi’

Atikah Suhaime Akui Sunyi Di Fasa ‘Motherhood’ 

Atikah Suhaime Akui Sunyi Di Fasa ‘Motherhood’ [VIDEO]

Pelakon dan usahawan Atikah Suhaime mengakui berasa sunyi selepas memasuki fasa keibuan kerana tertinggal banyak perkara selain jarang meluangkan masa bersama orang tersayang.

Left out

Atikah Suhaime Akui Sunyi Di Fasa ‘Motherhood’ [VIDEO]

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata dia terpaksa menolak ajakan orang terdekat kerana perlu memberi perhatian penuh kepada anaknya, Lyla Mulan Teh.

Luah Atikah, selepas bergelar ibu, dia perlu menitikberatkan keadaan anaknya sebelum membuat keputusan untuk keluar bersama keluarga dan kawan.

Tiada siapa pernah memberitahu saya bahawa fasa keibuan kadang-kadang boleh menjadi sunyi.

Anda sentiasa diketepikan.

Katanya, pada ketika ini dia sangat sibuk dengan rutin hariannya iaitu bersenam selain melakukan pantang jenis moden.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP


Pun begitu, Atikah percaya segala usaha yang diberikan untuk menjaga anaknya akan membuahkan hasil pada masa akan datang.

Pada siang hari bersungguh-sungguh bersenam cuba untuk kembali ke bentuk badan asal.

Apabila orang menjemput keluar ke majlis-majlis tertentu, anda tidak boleh sertai kerana perlu mengikut rutin bayi.

Sementara, suami dan rakan-rakan terus menikmati masa-masa indah tanpa anda.

Saya tidak pernah berasa begitu ditinggalkan tetapi saya yakin semuanya berbaloi.

Imbas kembali, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak, iaitu Mulan.

Sumber: Instagram

Atikah Suhaime Akui Sunyi Di Fasa ‘Motherhood’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker