‘Kantoi chat’ wanita lain, isteri bakar baju suami

‘Kantoi chat’ wanita lain, isteri bakar baju suami

‘Kantoi chat’ wanita lain, isteri bakar baju suami
Anak pasangan tersebut terkejut melihat pakaian bapanya dibakar. – Kompas

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang isteri membakar baju suaminya selepas lelaki itu didapati berbalas mesej dengan wanita lain, lapor laman berita Batak Pos semalam.

Video itu dimuat naik oleh anak pasangan berkenaan di laman sosial.

Menurut individu itu, ketika pulang ke rumah, dia terhidu bau asap seolah-olah objek terbakar.

Dia kemudian menemukan baju bapanya hangus akibat dibakar oleh ibunya kerana berbalas pesanan ringkas dengan wanita lain.

“Selepas pulang ke rumah, seluruh rumah berbau asap dan hangus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng


“Saya mendapati pakaian bapa semuanya dibakar oleh ibu kerana bapa ditangkap berbual dengan gadis lain,” katanya pada hantaran tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Kasihan bapanya,” kata seorang netizen.

“Saya sokong tindakan wanita itu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

‘Kantoi chat’ wanita lain, isteri bakar baju suami

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker