Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
Perikatan Nasional kini berada dalam keadaan telur di hujung tanduk.
Dari 74 kerusi parlimen yang dimenangi dalam PRU 15, 4 orang ahli parlimen mereka beralih arah.
Ini menjadikan Perikatan Nasional kini hanya mempunyai 70 kerusi parlimen.
Dari 70 kerusi parlimen itu, 43 kerusi parlimen dimiliki oleh PAS.
Manakala PPBM hanya memiliki 27 kerusi parlimen.
Dalam artikata lain, PAS sebenarnya adalah parti yang menjadi tunggak kekuatan Perikatan Nasional.
Namun kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh orang nombor 2 PPBM, Hamzah Zainuddin, telah menimbulkan pelbagai persoalan.
Pada 2 Mei 2025, Hamzah menyatakan PPBM tidak tolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan UMNO.
Alasan yang diberikan oleh Hamzah adalah kerana UMNO dan PPBM mempunyai ideologi perjuangan yang sama.
Pelik juga, apakah selama ini Hamzah tidak sedar tentang perkara itu?
Atau selama ini Hamzah pura-pura pengsan.
@omgmymedia PAS sanggup keluar PN dan tolak BERSATU pada PRU akan datang untuk bersama dengan UMNO dan PH – Ahli Parlimen Parit Buntar #kluang #kluangjohor #prkmahkota #johor
Lebih menarik lagi apabila PAS juga pernah mengeluarkan kenyataan yang senada dengan Hamzah.
Pada hari yang sama juga, Malaysiakini melaporkan, Setiausaha Veteran UMNO, Mustapha Yaakub berkata, niat itu sebenarnya ada udang di sebalik batu.
PPBM hendak bekerjasama dengan UMNO kerana bimbang akan ditinggalkan PAS.
Menurut Mustapha, PPBM tahu PAS sudah beberapa kali menemui Anwar Ibrahim.
“PPBM tahu PAS telah berusaha untuk meyakinkan Anwar supaya mereka diterima dalam kerajaan.”
“Bukan sekali, tapi sudah berkali-kali PAS menghantar wakil-wakil mereka berjumpa Anwar untuk tujuan itu.”
“PPBM menyedari itu dan terasa mereka akan dikencing PAS.”
“Maka sebagai jalan keluar dan demi kelangsungan parti, mereka menawarkan untuk berkerjasama dengan UMNO.”
“Atas alasan dasar perjuangan UMNO dan PPBM adalah sama,” kata beliau.
Lim Guan Eng Pernah Di Naik Taraf Sebagai Umar Abdul Aziz, Anthony Loke?
@datomeletop2
Kalau betul apa yang dikatakan, apakah sekali lagi kita akan dapat melihat Hadi Awang berdakap mesra dengan pemimpin DAP?
Kalau dahulu Lim Guan Eng dinaik taraf sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz.
Agak-agaknya Anthony Loke akan dinaik taraf sebagai siapa pula?
Tapi sebelum berdakap mesra, Hadi kena sucikan DAP dahulu.
Baru syok nak berdakap mesra, nak cium mulut pun boleh.
Dah sucikannnn…
Seperti kata Anwar Ibrahim, tunggu sekejap…
Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
Di Syorkan Untuk Anda:
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
You must be logged in to post a comment.