Lelaki meninggal dunia ketika mendaki di Gunung Keriang
Lelaki meninggal dunia ketika mendaki di Gunung Keriang

ALOR SETAR: Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia dipercayai ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Keriang, Jalan Kampung Huma, Kampung Tok Pulau hari ini.
Komander Operasi Kanan Zon 1 Kota Setar, Penguasa Bomba Mohd Sofi Abdul Wahab, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung pencarian mangsa disyaki hilang dalam hutan dengan bantuan polis jam 6.15 petang.
Beliau berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar tiba di lokasi tidak lama kemudian untuk melakukan pencarian mangsa.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri di atas gunung.
“Sejurus tiba di lokasi, operasi mencari mangsa dilakukan bersama pihak polis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
“Maklumat awal memaklumkan, terdapat seorang lelaki ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai terjatuh ketika mendaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Sofi berkata, mangsa kemudian dibawa turun oleh anggota bomba dengan kebenaran polis dan tiba di kaki gunung jam 9.30 malam.
“Petugas Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 10.14 malam,” katanya.
Lelaki meninggal dunia ketika mendaki di Gunung Keriang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.