Bournemouth malukan Arsenal di laman sendiri

Bournemouth malukan Arsenal di laman sendiri

Bournemouth malukan Arsenal di laman sendiri
ARTETA kecewa Arsenal tewas kepada Bournemouth di tempat sendiri. -FOTO AFP

London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berharap dapat membawa momentum positif ke perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) menentang Paris Saint-Germain (PSG) Khamis ini dan menyeru pemainnya memanfaatkan rasa marah mereka susulan kekalahan 1-2 kepada Bournemouth di laman sendiri awal pagi tadi.

Declan Rice menandakan penampilan ke-100 bersama Arsenal dengan jaringan yang kemas untuk memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah pada separuh masa pertama ketika mereka berusaha untuk mengukuhkan kedudukan di tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, pasukan Gunners yang hampir sepenuhnya dibarisi pemain utama membenarkan dua gol mudah dijaringkan Dean Huijsen dan Evanilson dalam tempoh lapan minit pada separuh masa kedua, sekali gus menggagalkan perancangan Arteta untuk bertandang ke Paris berbekalkan kemenangan liga yang amat diperlukan.

Arsenal kini ketinggalan 0-1 kepada PSG selepas perlawanan pertama di Stadium Emirates.

“Keputusan yang positif pastinya akan membantu kami membina apa yang kami inginkan menjelang Khamis ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


“Namun apa yang kami cipta kini hanyalah kemarahan, kekecewaan, dan rasa tidak enak dalam perut.”

“Oleh itu (kita mesti) pastikan kita memanfaatkan perkara itu Khamis ini untuk mempamerkan persembahan hebat di Paris, memenangi perlawanan itu dan mara ke final,” katanya.

Arteta hanya membuat dua pertukaran daripada kekalahan kepada PSG Rabu lalu, salah satunya membabitkan pemain bek sisi, Jurrien Timber, yang dikeluarkan pada penghujung perlawanan pertama.

Timber tidak tersenarai dalam skuad untuk perlawanan hari Sabtu, dan Arteta masih lagi berhati-hati tentang peluang pemain Belanda itu untuk beraksi dalam perlawanan kedua.

Apabila ditanya sama ada beliau yakin Timber dapat diturunkan, Arteta menjawab: “Yakin? Buat masa ini, tidak, kerana dia tidak dapat bermain dalam perlawanan ini dan kita akan bermain dalam masa empat hari.”

Walaupun pemilihan pemain Arsenal kelihatan seperti satu pertaruhan menjelang perlawanan paling penting musim ini menentang PSG, yang sudah pun menjuarai Ligue 1 dan melakukan 10 pertukaran pemain ketika mereka tewas 1-2 kepada Strasbourg pada hari Sabtu, Arteta berkata beliau tidak mempunyai banyak pilihan.

Bournemouth malukan Arsenal di laman sendiri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker