Barcelona hampiri gelaran La Liga
Barcelona hampiri gelaran La Liga

Barcelona: Barcelona semakin menghampiri kejuaraan La Liga apabila mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Real Valladolid yang pun tersingkir dari liga dengan keputusan 2-1 awal pagi tadi sekali gus melebarkan jurang ke atas pencabar utama, Real Madrid.
Gergasi Catalan itu melakukan pertukaran besar dalam kesebelasan utama memandangkan perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Inter Milan Rabu ini menjadi keutamaan dan mereka dikejutkan dengan jaringan awal Ivan Sanchez.
Namun, dua jaringan pada separuh masa kedua oleh Raphinha dan Fermin Lopez membolehkan Barca mendahului Real Madrid yang berada di tempat kedua dengan kelebihan tujuh mata. Madrid dijadualkan menentang Celta Vigo awal pagi ini sebelum pertemuan El Clasico pada 11 Mei.
Jurulatih Barca, Hansi Flick, hanya mengekalkan dua pemain daripada kesebelasan utama ketika mereka mencatatkan keputusan seri 3-3 menentang Inter pada perlawanan pertama Khamis lalu – iaitu Pedri Gonzalez dan Gerard Martin.
Flick turut menurunkan rakan senegaranya dari Jerman, Marc-Andre ter Stegen, sebagai penjaga gol selepas pulih daripada kecederaan panjang, menjadikan penampilan itu yang pertama sejak September.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
“Dia menunjukkan betapa hebatnya dia, bagaimana dia mampu beraksi dengan cemerlang, dan sangat menarik untuk dilihat,” kata Flick, sambil mengesahkan bahawa Wojciech Szczesny akan kembali menentang Inter dan juga dalam perlawanan hujung minggu hadapan menentang Real Madrid.
“Saya benar-benar menantikan perlawanan ini dan pastinya lebih baik apabila pasukan memenanginya,” kata Ter Stegen.
Sementara itu, walaupun berjaya mendahului pasukan pendahulu liga, penyokong tuan rumah tetap menunjukkan protes terhadap pemilik majoriti dan presiden Valladolid, Ronaldo, bekas bintang Brazil.
Mereka membaling wang palsu yang tertera wajahnya serta melaungkan desakan agar beliau berundur.
Barcelona hampiri gelaran La Liga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.