Atletico terus goyah, impian kejuaraan makin kabur

Atletico terus goyah, impian kejuaraan makin kabur

Atletico terus goyah, impian kejuaraan makin kabur
PEMAIN Atletico kecewa gagal raih kemenangan. FOTO AFP

Vitoria-Gasteiz: Harapan Atletico Madrid untuk mencabar kejuaraan LaLiga semakin pudar apabila diikat tanpa jaringan oleh pasukan bergelut, Alaves dalam aksi di Stadium Mendizorrotza.

Keputusan seri itu menyaksikan skuad kendalian Diego Simeone kekal di tangga ketiga dengan 67 mata, sembilan mata di belakang pendahulu Barcelona yang bakal menentang Real Valladolid lewat malam ini.

Alaves pula melonjak ke tangga ke-16, tiga mata memisahkan mereka dari zon penyingkiran.

Separuh masa pertama menyaksikan permainan berhati-hati dengan tiada sebarang percubaan tepat dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Detik paling mencuri tumpuan berlaku apabila penyerang Atletico, Julian Alvarez dilayangkan kad merah kerana kekasaran terhadap Facundo Garces – namun keputusan itu dibatalkan selepas pengadil membuat semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) di monitor padang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


Simeone membuat lima pertukaran pada babak kedua dalam usaha merubah corak permainan, dan walaupun kemasukan pemain gantian berjaya menyuntik sedikit rentak, Atletico tetap buntu mencari jaringan kemenangan meskipun mencipta beberapa peluang pada minit-minit akhir.

Atletico terus goyah, impian kejuaraan makin kabur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker