Misi hidup mati Forest intai tiket pentas Eropah

Misi hidup mati Forest intai tiket pentas Eropah

Misi hidup mati Forest intai tiket pentas Eropah
NUNO Espirito Santo baki lima perlawanan cukup penting. FOTO REUTERS

London: Nuno Espirito Santo menyifatkan baki lima perlawanan terakhir kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) diharungi Nottingham Forest sebagai “yang paling penting dalam karier kami” ketika mereka berjuang untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Forest kini semakin hampir untuk kembali ke kejohanan kelab utama Eropah buat kali pertama selepas lebih empat dekad, namun perlu berdepan saingan sengit.

Liverpool sudah bergelar juara manakala Arsenal di tempat kedua memiliki kelebihan mata yang selesa, namun hanya lima mata memisahkan Newcastle di tangga ketiga dan Aston Villa di tempat ketujuh.

Manchester City dan Chelsea juga sedang bersaing untuk menamatkan musim dalam kelompok lima teratas yang akan menjamin kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Forest yang kini menghuni tangga keenam dan mempunyai satu perlawanan dalam tangan, akan melayan kunjungan Brentford di City Ground, Jumaat ini, empat hari selepas dikecewakan oleh Manchester City 2-0 dalam separuh akhir Piala FA.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik


Juara Eropah dua kali itu sebelum ini kelihatan selesa dalam saingan liga sebelum tewas berturut-turut kepada Villa dan Everton awal bulan ini, namun kembali ke prestasi terbaik dengan kemenangan ke atas Tottenham minggu lalu.

“Kami kembali ke City Ground di hadapan penyokong sendiri, itu satu kelebihan besar.

“Kami tidak pernah berhenti percaya, tidak kira apa pun yang berlaku. Sepanjang musim ini, kami melalui detik baik dan buruk dan kami mampu bangkit. Sekali lagi, ia bergantung kepada kami untuk bangkit semula.

“Setiap perlawanan adalah perlawanan paling penting dalam kerjaya kami, itulah cara kami menghadapinya,” kata Espirito Santo.

Forest kali terakhir beraksi dalam kejohanan elit Eropah pada musim 1980/81 ketika mereka adalah juara bertahan dua kali di bawah bimbingan bekas pengurus legenda, Brian Clough.

 

Misi hidup mati Forest intai tiket pentas Eropah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker