Lelaki maut terjatuh dari tingkat 15 pangsapuri

Lelaki maut terjatuh dari tingkat 15 pangsapuri

Lelaki maut terjatuh dari tingkat 15 pangsapuri
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Bandar Kajang, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam jam 8.37 pagi sebelum sepasukan anggota polis dan pasukan perubatan dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, pemeriksaan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun sudah meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati, tiada unsur jenayah dalam kejadian itu, manakala saksi kejadian yang juga adik kepada mangsa memaklumkan abangnya mengalami masalah kesihatan mental dan sedang menerima rawatan di hospital kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik


“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan polis,” katanya.

Beliau berkata, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ketua Balai Polis Kajang, Inspektor Shisheewady Ruzani di talian 016-8565670 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Lelaki maut terjatuh dari tingkat 15 pangsapuri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker