Kena pecat selepas tujuh bulan bimbing Boca Juniors
Kena pecat selepas tujuh bulan bimbing Boca Juniors

Buenos Aires: Kelab gergasi Argentina, Boca Juniors memecat ketua jurulatih mereka, Fernando Gago, hari ini, susulan kekalahan hujung minggu lalu kepada musuh tradisi, River Plate.
“Kami membuat keputusan bahawa Fernando Gago sudah sampai ke penghujung perjalanannya,” kata pengarah kelab yang berpangkalan di Buenos Aires itu, Mauricio Serna.
“Ia keputusan yang dibuat dengan tenang, tetapi bukan mudah,” tambah bekas pemain tengah Boca dan Colombia itu.
Gago, 39, yang memulakan karier di Boca, baru sahaja dilantik sebagai jurulatih pada Oktober lalu.
Sepanjang kendaliannya, beliau mencatatkan 17 kemenangan, enam seri dan tujuh kekalahan – kekalahan terakhir kepada River Plate pada Ahad lalu menjadi kemuncak kepada pemecatannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
Kedudukannya sudahpun tergugat sejak penyingkiran pasukan itu pada pusingan kedua Copa Libertadores Februari lalu.
Memandangkan hubungan rapat Gago dengan kelab, Serna mengakui: “Ia bukan keputusan yang mudah, dia salah seorang daripada kami, tetapi inilah tugas kami – membuat keputusan.”
Pemecatan Gago bermakna Boca akan berlepas ke Amerika Syarikat bagi menyertai Piala Dunia Kelab pada Jun ini dengan ketua jurulatih baharu.
Kena pecat selepas tujuh bulan bimbing Boca Juniors
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.