‘Jangan bandingkan saya dengan Messi’ – Yamal

‘Jangan bandingkan saya dengan Messi’ – Yamal

'Jangan bandingkan saya dengan Messi' - Yamal
LAMINE Yamal ketika sidang media. FOTO REUTERS

Barcelona: Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal berkata dia lebih fokus menjadi diri sendiri dan tidak memikirkan perbandingan dengan Lionel Messi menjelang perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Inter Milan, Khamis ini.

Pemain berusia 17 tahun itu kini menjadi watak penting di bahagian sayap kanan – posisi yang pernah dikuasai oleh penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu, Messi – dengan kedua-dua mereka adalah produk akademi terkenal La Masia.

Kali terakhir Barcelona mara ke final Liga Juara-Juara adalah pada tahun 2015, ketika Messi menjadi tonggak utama di sebelah kanan serangan dan Yamal berharap dapat membantu gergasi Catalan itu kembali ke pentas final musim ini.

“Saya tidak membandingkan diri saya dengannya, kerana saya tidak membandingkan diri saya dengan sesiapa, apatah lagi dengan Messi,” kata Yamal kepada wartawan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

“Kami fokus untuk memperbaiki diri sendiri setiap hari, dan untuk menjadi lebih baik keesokan harinya.

“Jadi saya rasa perbandingan itu tidak relevan, apatah lagi dengan Messi. Saya cuma mahu menikmati permainan dan menjadi diri saya sendiri,” katanya lagi.

Yamal turut menyatakan bahawa beliau menganggap bintang Argentina itu sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

“Saya sangat mengaguminya, sebagai pemain terbaik dalam sejarah, tetapi saya tidak pernah membandingkan diri saya dengannya,” tegasnya lagi.

‘Jangan bandingkan saya dengan Messi’ – Yamal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker