Guru agama maut nahas empat kenderaan
Guru agama maut nahas empat kenderaan

TAWAU: Seorang guru agama maut selepas kenderaannya dirempuh dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 53, Jalan Tawau-Kunak, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, mangsa Muhammad Bahauddin, 30, yang bertugas sebagai guru agama di Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Kunak, memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan mendapati pemandu kenderaan pikap Mitsubishi Triton dari arah Batu 3, Jalan Apas menuju ke Pekan Kunak dipercayai memandu secara melulu sehingga hilang kawalan.
Beliau berkata, pemandu Mitsubishi Triton berumur 39 tahun itu, terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar tiga kenderaan dari arah berlawanan.
“Kenderaan berkenaan mula-mula melanggar cermin sisi kanan sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 21 tahun, diikuti bahagian pintu kanan sebuah lagi kenderaan pikap Toyota Hilux yang dipandu lelaki berumur 44 tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
“Selepas itu, Mitsubishi Triton berkenaan bertembung dengan kereta dipandu mangsa sehingga tercampak dalam parit di bahu jalan dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Jasmin berkata, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
Beliau berkata, pemandu Mitsubishi Triton turut mengalami kemalangan apabila kenderaannya terbalik dan terjatuh ke dalam parit, namun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu lori dan Toyota Hilux juga dilaporkan selamat.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” katanya.
Guru agama maut nahas empat kenderaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.