Solat Isyak berjemaah selamatkan pelajar dari terperangkap kebakaran asrama
Solat Isyak berjemaah selamatkan pelajar dari terperangkap kebakaran asrama

KUALA LUMPUR: Solat Isyak berjemaah di surau, menyelamatkan kira-kira 90 pelajar daripada terbabit kebakaran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di sini, malam tadi.
Ketika kejadian kira-kira jam 840 malam itu, semua pelajar berusia di antara 13 hingga 17 tahun berada di surau sekolah kerana menunaikan solat berjemaah.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Japari Tajuddin, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada 8.43 malam.
Beliau berkata, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, Sentul, Jalan Hang Tuah serta Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi bersama pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran membabitkan tingkat satu bangunan asrama pelajar lelaki di sekolah berkenaan.
Beliau berkata, api berjaya dipadam sepenuhnya dengan kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan 80 peratus.
“Bagaimanapun, tiada mangsa yang terbabit kerana semasa kejadian kesemua pelajar sedang berada di surau,” katanya.
Katanya, Unit Forensik JBPM akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian.
Solat Isyak berjemaah selamatkan pelajar dari terperangkap kebakaran asrama
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
You must be logged in to post a comment.