Warga emas maut dirempuh pikap ketika balik surau

Warga emas maut dirempuh pikap ketika balik surau

Warga emas maut dirempuh pikap ketika balik surau
Motosikal jenis Honda Wave selepas dirempuh pikap Ford Ranger di Jalan Pengkalan Arang, Kuala Terengganu malam tadi. – Foto PDRM

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas maut dirempuh sebuah pikap ketika dalam perjalanan pulang dari surau di Pengkalan Arang, di sini malam tadi.

Dalam nahas jam 9.35 malam itu, mangsa Ali Mohamaed, 77, yang menunggang motosikal jenis Honda Waze meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Ford Ranger tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal keluar secara tiba-tiba dari bahu kiri jalan dan melintas masuk ke laluan sama sebelum dirempuh Ford Renger yang dari arah Kuala Terengganu ke Gong Badak.

Warga emas maut dirempuh pikap ketika balik surau
Pikap Ford Ranger yang merempuh motosikal menyebabkan warga emas menunggangnya maut malam tadi. – Foto PDRM
Pikap Ford Ranger yang merempuh motosikal menyebabkan warga emas menunggangnya maut malam tadi. – Foto PDRM

“Mangsa dipercayai baru pulang dari surau maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya.

Beliau meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — BERNAMA

 

Warga emas maut dirempuh pikap ketika balik surau

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker