Lelaki maut Satria rempuh tiang elektrik
Lelaki maut Satria rempuh tiang elektrik

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Jalan Dr Yamamoto, Kampung Jawa, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5 pagi, mangsa Exle Weli, 32, yang memandu Proton Satria seorang diri dari arah pusat bandar menuju ke rumahnya di Kampung Hilltop, dipercayai hilang kawalan kenderaan.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata kereta mangsa terseret sejauh 50 meter sebelum merempuh tiang elektrik di bahu jalan.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian mengeluarkan mangsa melalui cermin belakang. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya kenyataan.
Lelaki maut Satria rempuh tiang elektrik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
You must be logged in to post a comment.