Dua nelayan jatuh laut ditemukan lemas
Dua nelayan jatuh laut ditemukan lemas

BATU PAHAT: Dua nelayan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selepas terjatuh ke laut ditemui lemas di Kuala Sungai Suloh di sini, hari ini.
Mayat Mahat Rasiman, 77, ditemukan pada jam 1 tengah hari, manakala Mohamad Nizam Sarman, 51, kira-kira 45 minit kemudian pada kedudukan 0.3 batu nautika barat daya Kuala Sungai.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Mohammad Zaini Zainal, berkata pada hari kejadian, pihaknya menerima laporan daripada seorang anak mangsa memaklumkan bapa mereka tidak pulang sejak keluar ke laut.

Menurutnya, susulan laporan itu, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat pada hari kejadian.
“Kedua-dua mayat dibawa ke jeti Zon Maritim Batu Pahat sebelum diserahkan kepada polis untuk bedah siasat dan pengecaman ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan.
Maklumat kecemasan boleh disalurkan melalui talian hotline Zon Maritim
Batu Pahat di talian 07-4344020 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
You must be logged in to post a comment.