Pemuda longlai dibelasah: 8 termasuk ‘Bella’ dituduh esok
Pemuda longlai dibelasah: 8 termasuk ‘Bella’ dituduh esok
JOHOR BAHRU: Lapan individu termasuk seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Bella’ dipercayai terbabit dalam kejadian memukul seorang pemuda secara beramai-ramai sehingga longlai akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, esok.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, semua suspek yang berusia 19 hingga 26 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 342, Seksyen 385 serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
“Semua suspek akan dituduh esok,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu, semua suspek ditahan kira-kira jam 2.30 pagi, Isnin lalu ketika cuba melarikan diri dari Pangsapuri Plentong Baru Masai, Pasir Gudang di sini.
Sebelum ini, tular di media sosial beberapa klip video, memaparkan seorang pemuda longlai selepas dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah rumah yang dipercayai berlaku di Pasir Gudang di sini.
Pemuda longlai dibelasah: 8 termasuk ‘Bella’ dituduh esok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
You must be logged in to post a comment.