Misteri cahaya hijau terangi langit malam

Misteri cahaya hijau terangi langit malam

Misteri cahaya hijau terangi langit malam
SATU cahaya hijau terang muncul di langit Australia.- Foto Dan Bartlett/NASA/PA

SYDNEY – Bebola api hijau terang lagi bercahaya menerangi langit malam di pantai timur Australia, membuatkan pemerhati-pemerhati bintang berasa keliru, lapor portal berita Manchester Evening News semalam.

Laporan awal malam Isnin lalu menyatakan, cahaya itu berkemungkinan hujan meteor Lyrid.

Kamera papan pemuka dan rakaman lain yang disiarkan di platform X memaparkan bebola api hijau ‘meletup’ sambil menerangi langit di Brisbane dan sebahagian negeri New South Wales.

Seorang ahli astronomi mendedahkan punca sebenar bebola api hijau itu muncul.

Ahli astronomi Universiti Queensland Selatan, Jonti Horner memberitahu akhbar The Independent: “Saya boleh menyatakan dengan pasti bahawa bebola api itu bukan sebahagian daripada hujan meteor Lyrid.”

Menurutnya, bola api itu berkemungkinan besar disebabkan oleh serpihan angkasa seperti asteroid, meteoroid atau komet. – AGENSI

Misteri cahaya hijau terangi langit malam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker