Howe dah pulih daripada radang paru-paru
Howe dah pulih daripada radang paru-paru

Newcastle, England: Pengurus Newcastle United, Eddie Howe kembali bekerja selepas pulih daripada radang paru-paru, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam satu kenyataan hari ini.
Pengendali berusia 47 tahun itu, yang dirawat di hospital dan terlepas tiga aksi terakhir Newcastle, akan kembali ke tepi padang menentang Ipswich Town di St James’ Park, Sabtu ini.
“Newcastle United gembira mengesahkan Eddie Howe sudah kembali untuk bertugas di pusat latihan kelab,” menurut kelab itu.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana mesej dan doa mereka.”
Howe mengemudi Newcastle menjuarai Piala Liga dengan kemenangan ke atas Liverpool bulan lalu, meraih trofi pertama kelab itu dalam tempoh 70 tahun dan muncul pengurus Inggeris pertama menjulang satu daripada kejuaraan utama domestik sejak tahun 2008.
Beliau menerima sorakan daripada 150,000 penyokong Newcastle yang meraikan kejayaan mereka di jalanan ketika perarakan bas tanpa bumbung dan disanjung dengan kain rentang besar di luar St James’ Park.
Howe dah pulih daripada radang paru-paru
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
You must be logged in to post a comment.