United intai Cunha

United intai Cunha

United intai Cunha
CUNHA turut dikaitkan dengan Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Newcastle. -Reuters

London: Manchester United dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Wolves, Matheus Cunha, pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Penyerang Brazil itu, yang mempunyai klausa pelepasan bernilai £62.5 juta (RM366.63 juta) dalam kontraknya bersama Wolves, dijangka akan meninggalkan Molineux pada penghujung musim ini.

Beberapa sumber dalaman kelab memaklumkan bahawa pemain berusia 25 tahun itu adalah antara beberapa pilihan serangan yang berada dalam senarai pendek United, dengan penyerang Ipswich Town, Liam Delap yang berusia 22 tahun, turut berada dalam radar kelab.

Menambah rekod jaringan adalah keutamaan buat ketua jurulatih United, Ruben Amorim. Hanya Southampton, Leicester City, Ipswich, Everton dan West Ham yang menjaringkan kurang daripada 38 gol yang diraih United dalam 33 perlawanan Liga Perdana (EPL) musim ini.

Cunha dianggap sebagai tambahan ideal untuk mengisi salah satu daripada dua posisi tengah menyerang dalam formasi pilihan Amorim, 3-4-2-1.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri


Cunha penjaring terbanyak Wolves musim ini dengan 16 gol dalam semua pertandingan bermain dalam sistem yang hampir serupa di bawah kendalian pengurus semasa, Vitor Pereira.

Bagaimanapun, United dijangka berdepan saingan sengit daripada beberapa kelab EPL lain bagi mendapatkan tandatangan Cunha, dengan Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Newcastle turut dilaporkan sedang mencari penyerang baharu musim panas ini.

Cunha menjaringkan 32 gol dalam 87 penampilan bersama Wolves, namun rekod disiplinnya mungkin menjadi kebimbangan buat kelab-kelab yang berminat. Bekas penyerang Atletico Madrid itu dilayangkan dua kad merah musim ini, dan terlepas enam perlawanan akibat penggantungan.

United intai Cunha

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker