PSG masih kebal tanpa kalah
PSG masih kebal tanpa kalah

Nantes: Paris St Germain hanya mampu seri 1-1 di Nantes, awal pagi tadi yang membolehkan juara Ligue 1 itu semakin hampir muncul pasukan pertama tidak tewas sepanjang musim di Perancis.
Keputusan seri itu melanjutkan rekod tanpa kalah PSG dalam aksi liga di tempat lawan kepada 39 perlawanan, sekali gus memecahkan rekod lama dalam lima liga utama Eropah yang dipegang AC Milan dari 1991 hingga 1993.
“Adalah penting untuk bercakap tentang rekod ini dan pemain dari era tersebut. Kami kini setaraf dengan Milan. Kami bercakap tentang rekod perlawanan tanpa kalah di tempat lawan,” kata jurulatih PSG, Luis Enrique.
“Pasukan seperti kami tidak boleh membuat kesilapan. Kami masih boleh memperbaiki diri, bermain lebih baik. Kami sepatutnya menang perlawanan ini, dan satu kesilapan kecil menjadi penentunya.”
Pada separuh masa pertama yang perlahan, pasukan tuan rumah memilih untuk bertahan dan menyerang balas, tetapi Vitinha menjaringkan gol menerusi sepakan voli rendah hasil hantaran Lee Kang-in untuk meletakkan PSG di hadapan selepas 33 minit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
Nantes tampil lebih agresif selepas rehat apabila Jean-Charles Castelletto memaksa Gianluigi Donnarumma melakukan satu aksi menyelamat cemerlang pada minit ke-60.
Douglas Augusto akhirnya menjaringkan gol penyamaan tujuh minit sebelum tamat perlawanan dengan rembatan cantik dari luar kotak penalti selepas larian menarik daripada Matthis Abline.
Goncalo Ramos hampir-hampir menjaringkan gol kemenangan untuk pelawat, namun tandukannya pada masa kecederaan hanya menggegarkan palang gol.
“Saya sangat kecewa kerana melepaskan gol sentiasa mengecewakan sebagai penjaga gol,” kata Donnarumma.
“Kami perlu tingkatkan penguasaan bola supaya tidak mudah kehilangan bola. Pasukan bermain dengan baik dan kami perlu teruskan usaha ini ketika menentang Nice pada Jumaat dan kemudian Liga Juara-Juara,” tambah penjaga gol Itali itu, merujuk kepada perlawanan separuh akhir menentang Arsenal.
PSG yang mengesahkan kejuaraan lebih awal bulan ini, kini memiliki kelebihan 23 mata ke atas pasukan di tempat kedua, Olympique de Marseille, manakala Nantes berada di tangga ke-14 dengan 31 mata, empat mata di atas zon penyingkiran.
PSG masih kebal tanpa kalah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
You must be logged in to post a comment.