Penunggang motosikal maut digilis selepas terjatuh depan lori
Penunggang motosikal maut digilis selepas terjatuh depan lori
KULAI: Seorang lelaki berusia 52 tahun maut dirempuh lori selepas dia terjatuh dari motosikal ditunggang di Kilometer 41, Jalan Johor Bahru – Air Hitam arah Johor Bahru, semalam.
Dalam nahas jam 11 pagi, mangsa dipercayai hilang kawalan motosikal ditunggang sebelum terjatuh di hadapan sebuah lori yang datang dari arah sama.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata siasatan awal mendapati pemandu lori tidak sempat mengelak atau membrek sebelum melanggar penunggang terbabit.
“Mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya dalam kenyataan, hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507.
Penunggang motosikal maut digilis selepas terjatuh depan lori
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.